Seperti yang ramai sedia maklum, orang ramai sememangnya dibenarkan untuk membuat rakaman sewaktu mendapatkan suntikan vaksin. Malah, perkara ini dibenarkan oleh mantan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaluddin sebelum ini.

Dalam pada itu, kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang pengguna Twitter @winraffm memaklumkan beliau yang sekadar mahu merakam diri beliau mendapatkan suntikan vaksin untuk dikongsikan bersama keluarga dihalang pihak pegawai.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Menerusi perkongsian, beliau turut memaklumkan dilayan dengan baik oleh para jururawat sehinggalah dihalang oleh seorang pegawai tersebut. Dalam pada itu, beliau dimaklumkan pihak pegawai tersebut bahawa beliau tidak dibenarkan membuat rakaman atas alasan Khairy Jamaluddin sudah tidak lagi menyandang jawatan tersebut.

Lebih mengejutkan netizen, beliau dihalang meskipun sekadar mahu merakam diri sendiri tanpa memperlihatkan wajah petugas yang lain. Berdasarkan isu yang berlaku, para netizen tampil memberi respon terhadap isu yang berlaku. Tidak kurang juga yang mahu panjangkan isu ini kepada pihak KKM dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19.

Difahamkan lokasi PPV lain masih lagi membenarkan untuk orang ramai membuat rakaman. Malah, tiada arahan baharu yang dikeluarkan dalam melarang orang ramai membuat rakaman setakat ini.

Kemas kini 27 Ogos 2021: Selepas baru sahaja dilantik sebagai Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin tampil menjawab isu yang berlaku semalam dengan sebuah tweet yang ringkas, pendek namun memberi jawapan kepada isu yang berlaku.

Sementara itu, tular pada minggu ini apa COVID-22 dijangka hadir sebagai varian yang lebih bahaya daripada delta sekaligus menimbulkan kerisauan terhadap orang ramai.

COVID-22 Dijangka Hadir Sebagai Varian Yang Lebih Bahaya Daripada Delta

Di Sebalik Tawa Dan Menghiburkan Netizen, Ini Kisah Perit Yang Terpaksa Ditempuh Baha BHP

Anda Mungkin Suka