Seorang pemilik MPV mewah mencuri perhatian netizen apabila dia mendakwa berasa menyesal selepas memiliki kenderaan itu sejak 7 bulan lepas.

Menurut individu itu dia telah membeli sebuah Toyota Alphard 2013 pada bulan 6 tahun lalu yang berharga RM130,000 dan dia telah membuat pinjaman bank selama 7 tahun dengan deposit sebanyak RM50,000 dan bayaran bulanan RM1,200.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Setelah beberapa bulan pakai, jauh di sudut hati terasa menyesal. Jujur cakap, bukan kerana gaya hidup atau nak melaram tapi lebih kepada kita sayangkan keluarga dan untuk keselesaan keluarga yang sudah ada 4 orang anak.

“Ketika itu saya ada cash di tangan hanya RM50,000, mungkin disebabkan tidak fikir panjang dan tidak sabar maka terus terjerat dengan loan kereta ini selama 7 tahun,” ujar pemilik MPV mewah itu.

Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysia Group

Tambahnya lagi, jika dia membeli kereta MPV itu secara tunai direct terus menerusi owner, dia boleh dapatkan pada RM80,000 dan bebas hutang.

“Bila duduk seorang termenung balik nak bayar loan 7 tahun dan fikir balik kebodohan diri, saya bukan jenis suka berhutang.

“Bukan tak mampu, tapi 7 tahun itu kalau buat saving macam-macam boleh buat atau buat investment,” terang pemilik MPV itu.

Di akhir perkongsian Facebook itu, dia meminta orang ramai untuk memberikan nasihat atau tips atau peluang bisnes yang boleh dapatkan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk selesaikan loan kereta tersebut dengan kadar segera.

Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysian Group
Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysian Group

Pengakuan individu itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang menemplak tindakan lelaki itu kerana ‘menjeratkan diri’ dengan pinjaman bank. Walhal dia boleh mendapatkan model Alphard yang lebih lama pada harga yang jauh lebih murah.

Mereka mencadangkan pemilik MPV tersebut menjual MPV itu sementara masih ‘ada harga’ walaupun terpaksa menanggung sedikit kerugian. Jika hendak dibandingkan ‘kerugian’ jangka masa panjang yang perlu dihadapinya.

Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysian Group
Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysian Group
Sumber Gambar: FB Vellfire & Alphard Malaysian Group

Bagaimanapun ada sebahagian netizen meminta pemilik MPV mewah itu usah mengenang rasa penyesalan kerana tujuan dia membeli kenderaan tersebut untuk perkara baik — keselesaan semua ahli keluarganya.

Netizen turut menambah, rezeki di dunia ini milik Allah S.W.T ini sangat luas. Dengan satu pengorbanannya itu, pasti akan terbalas kemudian hari dengan rezeki-rezeki lain yang berlipat kali ganda.

Dalam pada itu, warganet juga ada mencadangkan kepadanya untuk sewakan sahaja Toyota Alphard tersebut sekurang-kurangnya hasil sewa itu dapat top up komitment bayaran bulanan MPV.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.