Sepanjang hujung minggu lalu hangat dibicarakan mengenai hubungan antara pengacara Neelofa dan pasangannya PU Riz. Pelbagai cerita dan kisah telah ditularkan oleh netizen mengenai hubungan mereka yang dipercayai mempunyai sedikit masalah ketika ini.

Antara tuduhan yang dilemparkan adalah bagaimana Neelofa kini dikatakan sedang menjalani rawatana kerana terkena minyak pengasih serta beliau telah melangsungkan perkahwinan di Kelantan sebelum ini.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Tuduhan dan andaian berkenaan dinyatakan sendiri oleh Neelofa dalam satu perkongsian video yang menafikan mengenai perkara itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Walaupun tidak menegur dan menyatakan dengan langsung individu yang menyebarkan dakwaan berkenaan, namun satu hantaran yang dibuat oleh individu dipercayai pembantu peribadi Neelofa seperti dilaporkan OhBulan telah meminta seorang netizen untuk tampil ke hadapan.

Ia dipercayai susulan beberapa dakwaan yang dibuat netizen yang dikenali sebagai Syamira Syafira mengenai isu membabitkan Neelofa sebelum ini.

“Kami meminta bantuan orang ramai untuk mencari dan mengesan gadis ini untuk membantu kami.

“Jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai beliau boleh menghubungi kami,” tulis individu dipercayai pembantu peribadi Neelofa itu.

Capture

Menerusi perkongsian yang dibuat OhBulan, gadis berkenaan dipercayai memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp yang mendakwa mengenai keadaan terkini.

Antara tuduhan dan dakwaan yang terdapat dalam tangkap layar berkenaan adalah bagaimana Neelofa telah berkahwin dan kini tinggal bersama pasangannya.

Tuduhan tidak berasas

Menjawab mengenai tuduhan telah berkahwin dan beliau kini sedang menerima rawatan, Neelofa dalam satu hantaran yang dibuat di akaun Instagram-nya pada semalam menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Kenyataan itu menurut Neelofa perlu dibuat memandangkan ianya melibatkan keluarga di kedua-dua belah pihak dan dan melibatkan maruah keluarga mereka.

“Saya sendiri terkejut bila baca dan melihat andaian-andaian ini keluar yang sememangnya tak betul, tak berasas, tak wajar tuduhan-tuduhan yang berkaitan dengan buatan minyak pengasih, yang saya sebenarnya ni sedang berubat,  dimana duit ada transfer some money, sangat-sangat tak betul.

“Apa lagi tentang perkahwinan yang dibuat di Kelantan yang mana sangat-sangat tidak berasas dan karut. Ini melibatkan maruah keluarga kami, jadi saya perlu perjelaskan benda ini kerana semua ini adalah tuduhan yang sangat berat untuk ditelan.

“Jadi saya minta anda semua untuk hentikan andaian ni, jangan terus bercakap tentang ini kerana ini akan mengeruhkan keadaan,” jelas Neelofa dalam video berkenaan.

Baca juga perkembangan semasa hiburan dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Kemunculan Tandatangan Tun Mahathir Dalam Siri Drama Netflix Curi Perhatian Netizen

Marvel Secara Senyap Sudah Beri ‘Hint’ Kewujudan Watak X-Men Sejak 2013 Lagi

‘Trending’ Di YouTube, Penonton Sebak Dan Puji Filem Pendek Ejen Ali Misi: Juang

Anda Mungkin Suka