Kualiti jalan raya Malaysia sering menjadi bualan orang ramai kerana keadaannya yang kurang baik sehingga tersenarai sebagai salah satu negara yang mempunyai kualiti jalan raya yang terburuk di dunia.

Bagaimanapun ada seorang lelaki Iran memberikan pandangan berbeza mengenai kualiti jalan raya di Malaysia menerusi satu video TikTok yang dikongsikan baru-baru ini.

Baca Juga:

Menurut @amiralij7, dia banyak menerima soalan-soalan bagaimana dia boleh memandu BMW yang sudah lowered di jalan-jalan di Malaysia. Namun beliau berpendapat jalan raya di Malaysia jauh lebih baik daripada negara asalnya (Iran).

“Jika anda lihat kualiti jalan raya negara kelahiran saya (Iran), anda pasti akan berasa sangat bersyukur. Anda mempunyai kualiti jalan raya yang baik,” terangnya.

@amiralij7

Why you shouldn’t be afraid of lowering your car ! #car #cartok #malaysia

♬ original sound – AJ Details – AJ Drives

Tambahnya lagi, selama dia memandu BMW yang telah direndahkan lebih enam bulan, lip front kereta itu tidak pernah mengalami kerosakan.

“Jika anda tidak memandu kereta yang direndahkan, kemudian anda masih melanggar bahagian hadapan. Itu bermaksud anda sendiri tidak mempunyai skil pemanduan yang baik.

“Mulai hari ini silalah bertanggungjawab. Ini sesuatu yang anda perlu fikirkan,” kata lelaki Iran itu.

Bagaimanapun, pada ruangan komen dapat kita lihat netizen memberikan pandangan yang berbeza di mana mereka berpendapat kualiti jalan raya yang baik hanya dapat digunakan di kawasan-kawasan tertentu sahaja, seperti di kawasan-kawasan bandar.

“Jika anda datang ke kawasan pedalaman hari ini pandu BMW, pasti hari esok awak mahu tunggang BMX,” templak netizen.

Terdahulu ada kumpulan motosikal mat saleh menyindir bagaimana Malaysia, satu negara yang maju mempunyai banyak permukaan jalan raya berlubang, jika dibandingkan jalan raya di negara miskin yang mempunyai kualiti jalan raya jauh lebih baik.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.