Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila mengeluarkan satu kenyataan yang dilihat cetek akal sebagai salah seorang yang berstatus menteri.

Dalam ucapannya yang mempertahankan industri minyak sawit di Malaysia, dia berkata bahawa industri ini tidak mengancam populasi orang utan di Malaysia. Tambahnya lagi, orang utan lebih berkemungkinan untuk membunuh manusia berbanding manusia membunuh orang utan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Katanya, semasa beliau melakukan lawatan di Mekah baru-baru ini dan bertemu dengan Duta Malaysia di sana. Dia dimaklumkan bahawa buku sekolah di sana memberi penerangan yang buruk mengenai industri minyak sawit kerana mengancam nyawa orang utan.

“Perkara lain yang saya dapati semasa saya berada di Mekah – saya baru pulang dari umrah. Saya bercakap dengan duta kita di sana, jadi dia beritahu saya bahawa di sekolah-sekolah di negara Arab yang pelajarnya pergi, buku-buku menceritakan hal buruk tentang minyak sawit kita kerana kita membunuh orang utan. Saya beritahu dia, di Malaysia, kalau awak nampak orang utan, orang utan akan bunuh awak dulu, bukan awak bunuh orang utan dulu. Kan?” katanya.

Tidak cukup dengan itu, ucapannya berkenaan dengan singa juga menjadi bualan netizen kerana Malaysia bukanlah habitat untuk haiwan tersebut.

“Perhilitan ada polisinya. Adakah anda fikir mereka hanya bunuh orang utan? Singa dan harimau pun, bila mereka nampak, mereka tidak bunuh. Mereka mempunyai beberapa jenis prosedur untuk memfasakannya dan kemudian membawa mereka ke zoo atau apa sahaja,” katanya.

Difahamkan bahawa ucapan itu dibuat pada 5 Jan lalu dan mula tersebar di TikTok baru-baru ini. Ia juga mendapat perhatian bekas ahli politik, Rafizi Ramli yang memuat naik video itu di Twitter dan secara berseloroh berkata bahawa dia rasa tertipu dengan gurunya di zaman sekolah.

“Banyak benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai. Satu, di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu dan dua, di Malaysia ada singa. Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda-benda ni,” katanya di Twitter miliknya.

Seorang netizen pula berkata bahawa beliau kecewa dengan kenyataan Zuraida sambil menekankan bahawa seorang menteri sepatutnya tahu apa yang dia mahu ucapkan. Manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa selama ini dia tidak pernah mendengar lagi cerita berkenaan orang utan yang membunuh manusia.

Terma baharu jual beli rumah tidak benarkan pembeli tuntut saman ganti rugi daripada pemaju. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Terma Baharu Jual Beli Rumah Tidak Benarkan Pembeli Tuntut Saman Ganti Rugi Daripada Pemaju

Azmin, Zuraida Dan 9 Ahli Parlimen Lain Gelar Diri Mereka Penyelamat Bukan Pengkhianat