Sejak musim pandemik melanda diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, dapat dilihat orang ramai semakin sukar untuk meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki menerusi pelbagai cara.

Di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan, masih terdapat segelintir individu yang mengambil kesempatan dengan mendakwa keluarga mereka sebagai asnaf dalam mencari peluang mendapatkan stok makanan melebihi keperluan daripada kumpulan non-governmental organization (NGO).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fairuz, beliau memaklumkan hasil tinjauan ke rumah sebuah keluarga asnaf ini mendapati keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan dua orang anak ini menyimpan sekitar 11 kampit beras, beberapa pek bihun, tepung dan lampin pakai buang.

Jumlah simpanan dan penerimaan daripada para NGO seolah tidak berpadanan dengan keperluan keluarga empat beranak ini.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat, para netizen nyata terkejut melihatkan masih terdapat keluarga yang sanggup mengambil kesempatan dengan membolot jumlah makanan melebihi keperluan. Berikut merupakan antara respon netizen mengenai isu ini.

Screen Shot 2021-06-28 at 11.19.47 AM
Sumber: Facebook Fairuz
Screen Shot 2021-06-28 at 11.20.14 AM
Sumber: Facebook Fairuz
Screen Shot 2021-06-28 at 11.20.29 AM
Sumber: Facebook Fairuz

Pengongsi memaklumkan terkadang pihak mereka terpaksa menyemak tempat simpanan makanan asnaf bagi mengelakkan isu seperti ini kerap berlaku. Dalam pada itu, meskipun ditanya netizen untuk berkongsi lanjut mengenai informasi keluarga tersebut, beliau memaklumkan tidak berniat untuk mengaibkan keluarga tersebut sebaliknya sekadar membuat luahan hati sahaja.

Didoakan semoga kes COVID-19 berjaya diturunkan sekaligus memudahkan orang ramai untuk kembali mencari rezeki dalam meneruskan kehidupan pada musim yang sukar ini.

Tular pada minggu ini apabila seorang individu berusia 25 tahun yang didakwa sebagai tok bomoh ditangkap ketika menjalankan ritual sihir.

Tok Bomoh Berusia 25 Tahun Ditangkap Ketika Sedang ‘Ritual’ Sihir

20 Tahun Penantian, Kembar ‘Terpisah’ Sejak Lahir Ini Akhirnya Disatukan Semula