Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai siri Ultraman pasti ramai yang cukup kenal. Berjaya menjadi antara siri popular serta mengumpul jumlah tontonan yang tinggi sejak dari tahun 1966 telah membuatkan Ultraman muncul sebagai sebuah jenama yang kuat.

Dalam pada itu, di sebalik tayangan siri popular ini, siri Ultraman Tiga baru-baru ini berdepan masalah apabila telah diharamkan secara menyeluruh di China. Hal ini nyata turut memberi kesan kepada siri tersebut selepas China menyumbang kepada jumlah tontonan yang tinggi.

Sumber: Ultraman Wiki

Semuanya gara-gara kerajaan China berpendapat Ultraman Tiga mempromosikan keganasan menerusi beberapa babak dalam siri terebut. Pengharaman yang dibuat telah menghalang penonton untuk menonton siri ini pada platform penstriman seperti Iqiyi, Bilibili dan Youku.

Keputusan yang dibuat kerajaan China tersebut nampaknya kurang disenangi segelintir netizen yang meluahkan pendapat menerusi platform Weibo. Mereka berpendapat siri Ultraman Tiga sememangnya sudah menjadi tontonan mereka sejak dari kecil lagi.

Sumber: Wizard Subs

Tidak kurang juga yang berpendapat ibu bapa sememangnya harus memain peranan dalam mengajar anak-anak perlakuan yang baik atau sebaliknya berbanding mengharamkan tayangan Ultraman Tiga secara terus.

Selain itu, pihak kerajaan China kini sedang menyiasat beberapa lagi siri popular seperti Detective Conan, Pokemon dan Barbie Dream House Adventure kerana dikhuatiri mampu membawa pengaruh yang tidak elok buat kanak-kanak di negara tersebut.

Untuk pengetahuan, China turut mengharamkan selebriti lelaki berpewatakan feminin muncul di TV kerana mahu ‘menyelamatkan’ rakyat negara mereka.

Mahu ‘Selamatkan’ Rakyat, China Haramkan Selebriti Lelaki Berpewatakan Feminin Muncul Di TV

Didakwa ‘Digam’ Kerajaan China, Kemunculan Semula Pelakon Shaolin Soccer Ini Curi Tumpuan Peminat

Anda Mungkin Suka