Bertanggungjawab sebagai pemandu sewaktu di jalan raya sudah menjadi kemestian buat orang ramai dalam memastikan keselamatan pemandu serta penunggang lain terjaga. Selain itu, memastikan orang ramai berasa selamat juga merupakan suatu perkara yang penting.

Terbaharu, tular sebuah klip di mana seorang lelaki berusia 28 tahun yang berjaya diberkas polis pada jam 10 malam tadi di bandar Sri Damansara telah memandu kereta sambil mengeluarkan pistol dari tingkap kereta. Situasi yang berlaku nyata menakutkan para pemandu lain sekaligus menimbulkan pelbagai syak wasangka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kejadian tersebut berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran sebuah kompleks beli belah di Damansara di Petaling Jaya dan perbuatan suspek dilihat dan dirakam pengadu yang turut menggunakan lebuh raya sama.

Menerusi siasatan awal pihak polis, suspek memaklumkan pistol tersebut merupakan pistol mainan berharga RM2.40 milik anak buahnya. Suspek juga turut memaklumkan beliau pada ketika itu sedang bermain dengan anak buahnya sambil memandu.

Mohamad Fakhrudin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes jenayah dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk permohonan reman.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 26 Akta Senjata Api 1960 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tular pada minggu lalu apabila dilaporkan lebih 280,000 rakyat Malaysia disahkan bankrap setakat 2022 ekoran bebanan hutang.

Berpunca Daripada Bebanan Hutang, Lebih 280,000 Rakyat Malaysia Disahkan Bankrap Setakat Mac 2022

‘Hanya Ayam Seketul Dan Telur Masin’ – Set Nasi Kandar Dicas Harga RM32.65 Didakwa Tersilap Kira

Sumber