Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Semakin hari, nampaknya konten prank semakin menjadi ikutan para YouTuber yang berjaya meraih tontonan yang tinggi daripada konten yang dihasilkan. Kehadiran konten budaya prank yang berasal dari Barat ini walau bagaimanapun nyata merisaukan para netizen yang khuatir bakal menjadi ikutan para kanak-kanak dan remaja pada masa kini.

Jika sebelum ini tular mengenai YouTuber yang acah menampar wanita di pasar raya, minggu ini telah menyaksikan sekumpulan YouTuber yang tampil dengan konten prank tangkap basah.

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube, kumpulan YouTuber yang terdiri daripada beberapa lelaki dan wanita ini berpakat untuk mengenakan dua orang ahli kumpulan mereka sendiri yang berada di sebuah rumah.

Sumber: youtube Ammar Nazhan

Situasi mulai hangat apabila terdapat tiga individu yang mendakwa mereka daripada ‘pihak penguasa agama’ mengetuk dan memasuki rumah yang diduduki kumpulan YouTuber ini.

Rancangan kumpulan ini dilihat berjaya selepas pihak penguasa agama mendapati rumah tersebut sekadar didiami oleh seorang lelaki dan wanita sekaligus melabelnya sebagai tangkap basah. Situasi menjadi lebih tegang apabila ahli kumpulan YouTuber yang lain tersebut mulai pulang ke rumah dan melihat sendiri situasi yang berlaku.

Prank tersebut mulai diketahui pihak mangsa apabila pihak penguasa berkenaan bertindak untuk mengahwinkan mereka sekaligus memaklumkan semuanya hanyalah sekadar prank.

Sumber: youtube Ammar Nazhan

Meskipun YouTuber berkenaan mendakwa sekadar untuk hiburan, konten yang dipamerkan jelas tidak sesuai dengan tontonan penonton di Malaysia yang mungkin terdiri daripada para kanak-kanak dan remaja.

Lebih merisaukan ramai, konten yang dipamerkan turut disambut oleh para peminat seolah menormalisasikan prank yang dibuat. Tidak kurang juga mereka yang tidak bersetuju dengan konten yang dihasilkan. Berikut merupakan respon netizen terhadap video yang dikongsikan.

Sumber youtube: Ammar nazhan

Sumber youtube: Ammar nazhan

Sumber youtube: Ammar nazhan

Setakat artikel ditulis, video yang berjaya berada di tangga keenam trending YouTube dan mencapai hampir sejuta view dalam tempoh singkat ini masih lagi disiarkan di platform berkenaan.

Tular pada minggu ini apabila Tan Sri Vincent Tan selaku individu ke-24 terkaya Malaysia dilihat sekadar memakai selipar Asadi berharga RM15.90 sahaja.

Sekadar Pakai Selipar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang Tular Ini Raih Perhatian Netizen

Dituduh Guna Tangkal, KJ Jawab 4 ‘Jin’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia

Anda Mungkin Suka