Hari ini telah berlangsungnya secara rasmi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang disasarkan buat kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Program ini dijalankan dalam menawarkan suntikan vaksin bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Menerusi penawaran vaksin kanak-kanak yang ditawarkan, terdapat para ibu bapa yang masih lagi risau atau berbelah bagi sama ada mahu mengesahkan pemberian vaksin buat anak-anak mereka atau sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Klinikal dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori Hospital Universiti Teknologi Mara, Profesor Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail berkata, kebimbangan tentang aspek keselamatan si anak tidak sepatutnya timbul. Hal ini kerana banyak negara telah melaksanakan program vaksinasi ke atas kanak-kanak mereka.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: al-arabiya

Berdasarkan laporan media, Amerika Syarikat mula memberikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun pada 4 November lepas dengan Presidennya, Joe Biden menyifatkan permulaan pemberian vaksin itu sebagai ‘hari yang baik’ dalam usaha memerangi pandemik.

Negara tetangga, Singapura pula memulakan program vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada 27 Disember lalu turut menggunakan vaksin keluaran Pfizer yang telah diluluskan untuk penggunaan peringkat umur berkenaan.

Difahamkan penawaran vaksin buat kanak-kanak berusia bawah 12 tahun akan menggunakan vaksin ‘Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection’ iaitu sediaan yang lebih rendah kekuatannya berbanding vaksin bagi individu berumur 12 tahun ke atas.

Vaksin ini dimaklumkan adalah keluaran syarikat farmaseutikal Pfizer dan telah menerima kelulusan pendaftaran bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Dijangkakan 5.9 juta kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun akan menerima vaksin itu pada tahun ini dengan kira-kira 11.8 juta dos disediakan dalam usaha kerajaan memerangi jangkitan virus maut tersebut.

Tular pada minggu lalu sebuah video melibatkan YB yang menjadi perhatian netizen di mana pihak KKM terpaksa tampil dengan penjelasan mengenai video lama tersebut.

Dakwa ‘Tidak Perlu Booster’, KKM Tampil Jelaskan Video Pendek YB KJ Yang Tular

Dituduh Guna Tangkal, KJ Jawab 4 ‘Jin’ Ini Berkesan Untuk Lindungi Malaysia

 

Sumber