Sebut mengenai restoran McDonalds’s pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya bertapak selama 40 tahun di Malaysia serta mempunyai ratusan cawangan sekitar negara jelas menunjukkan francais ini menjadi pilihan orang ramai sejak sekian lamanya.

Di sebalik penawaran beberapa hidangan ikonik, tular baru-baru ini di Instagram @deedee_cooks di mana beliau yang selaku bekas ketua cef ini mendakwa Ayam Goreng Spicy McDonald’s sebagai tidak selamat untuk dimakan berikutan status Halal hidangan tersebut yang diragui.

Perkongsian beliau turut mendapat para netizen serta pihak McDonald’s Malaysia yang memaklumkan menerusi Facebook rasmi mereka di mana kesemua hidangan makanan yang ditawarkan di cawangan McDonald’s Malaysia adalah halal manakala penyediaan makanan di restoran tersebut dijanjikan dalam keadaan yang bersih.

Sumber: facebook mcdonald’s

Pihak McDonald’s Malaysia juga turut memaklumkan telah menerima status halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan dengan itu, pemilik Instagram @deedee_cooks telah tampil dengan perkongsian terbaru dengan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak McDonald’s Malaysia. Beliau juga turut memohona maaf kepada para pengikut di akaun Instagram beliau berikutan perkongsian yang mengelirukan mengenai kualiti produk McDonald’s Malaysia khususnya Ayam Goreng Spicy.

Diharap situasi seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja bakal memberi kesan besar kepada sesebuah restoran atau bisnes, malah bakal menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat sekaligus menjatuhkan kreadibiliti seseorang.

Tular pada minggu lalu apabila wakil Otai Buger tampil menjelaskan isu sebenar berikutan dakwaan burger jalanan cawangan mereka yang mencecah RM23.

Dakwa Beli Burger Jalanan Mencecah RM23, Wakil Otai Burger Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Netizen Geleng Kepala Bila Woody Harrelson Buat Durian Goreng Untuk Sarapan Pagi