Isu warga Rohingnya kembali menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.

Terdapat dakwaan daripada segelintir netizen yang mengatakan wujudnya masalah berhubung pelarian yang tinggal di kawasan tersebut dengan pelaksanaan perintah itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah ada hantaran mengenai dakwaan itu mendapat sehingga lebih 10,000 perkongsian di Facebook.

Bagaimanapun, tiada laporan rasmi yang mengesahkan kejadian tersebut dan hantaran itu juga tidak dapat memastikan sama ada dakwaan tersebut benar-benar berlaku atau tidak.

Tidak cukup dengan dakwaan itu, netizen juga dilihat turut memuat naik sekeping surat yang dikeluarkan oleh Myanmar Ethnic Rohingnya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) yang dilihat seperti permohonan perlindungan daripada kerajaan.

Apa yang membuatkan ia menjadi pertikaian netizen bukanlah permohonan tersebut namun dakwaan yang terkandung dalam surat tersebut yang mengatakan komuniti pelarian ini telah menyumbang kepada ekonomi negara sejak 30 tahun yang lalu.

“Mereka dah start buat claim dah. Presiden persatuan Rohingnya buat surat kata warga Rohingnya menyumbang pada ekonomi Malaysia.

“Penyumbang signifikan pada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun, this is a very big claim!” tulis seorang netizen di Facebook.

Dakwaan tersebut sekaligus menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen dengan ramai yang memberikan pandangan negatif mengenai perkara itu melalui komen-komen yang ditinggalkan di hantaran tersebut.

Malah, ada juga page yang dilihat mula memainkan isu masalah pelarian warga Rohingnya ini dengan memuat naik kembali kejadian-kejadian yang melibatkan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam pertikaian tersebut, dilihat ada juga sesetengah netizen yang mengambil arah berlainan dalam memberi pandangan tersebut dan mengatakan tidak semestinya dakwaan dan pendapat ‘bawang army’ ini sentiasa betul.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Ku Syafiq beranggapan perkara itu akan menambahkan lagi kesan negatif terhadap masalah tersebut.

“Sekarang para tentera bawang ni sedang berkempen untuk kita halau Rohingya dari tanah Malaysia. Siap buat petisyen. Ada yang guna gambar seragam sebagai gambar profil.

“Dalam bayangan mereka, mereka sedang memperjuangkan kelangsungan anak bangsa di tanah sendiri. Mereka tak nampak mana batas atau pertimbangkan logik dalam perjuangan mereka.

“Ramai-ramai terjun dalam bandwagon. Skrip pun dah ada untuk orang lain guna. Contohnya, “kau ada ke hadap Rohingya ni hari-hari”? Kalau orang dapat jawab hal tu, dia kona tang lain,” jelasnya.

Tambahnya, mereka yang memberi pandangan mengenai situasi warga Rohingnya di Malaysia ini sepatutnya berhubung dengan individu-individu bertanggungjawab yang pernah berususan dengan komuniti ini bagi mendapatkan gambaran yang jelas.

“Kalaulah diorang ni betul hanya dengar cakap orang yang hadap Rohingya hari-hari, mestilah diorang dah dengar cakap Kak Emma. Orang tu dah siap ambil anak angkat Rohingya, dah berurusan dengan etnik tu bertahun-tahun.

“Tapi tentera bawang mana boleh kalah. Tentera bawang Malaysia ni nombor satu dalam dunia kot.

“Ni bayangan keperwiraan yang kita dah beri pada mereka. Maka kita hadaplah,” katanya.

Isu warga Rohingnya di sekitar ibu negara sentiasa menjadi perhatian masyarakat  kita dengan terdapat dakwaan mereka ini sebenarnya melakukan aktiviti pekerjaan secara tidak berdaftar di pasar-pasar dan kedai runcit- walaupun memasuki negara ini sebagai pelarian.

Dakwaan tersebut sebelum ini juga pernah mendapat perhatian media arus perdana apabila TV3 pernah melaporkan mereka ini memang melakukan aktiviti perniagaan berdasarkan tinjauan Peniaga Rohingnya: Kebal Dengan Kad UNHCR.

Walaupun memasuki negara ini sebagai pelarian, warga asing ini dikatakan mempunyai ‘kekebalan’ kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNCHR).

Kad tersebut yang diberikan kepada pelarian yang memasuki negara ini dikatakan digunakan sebagai lesen buat mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan bekerja walaupun fungsi sebenar kad tersebut tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

Untuk rekod, setakat September 2019  terdapat 177,943 pemegang kad UNHCR dengan seramai 153,591 orang adalah dari Myanmar yang juga merupakan negara asal pelarian Rohingnya ini.

Warga asing daripada Myanmar sebelum ini juga pernah didakwa mengadakan sambutan songkran di tengah-tengah pelaksanaan PKP sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?

Lelaki Warganegara Myanmar Ini Ditangkap Kerana ‘Hulur’ Duit Kepada Pegawai Polis

Sumber