Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini tular sebuah video di mana satu pasangan mendakwa telah menerima layanan buruk daripada pemilik pusat penginapan di Taman Tasik Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penularan video berdurasi 2.56 minit itu di laman media sosial TikTok, pada Sabtu.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung rakaman video ketidakpuasan hati dua pelanggan tersebut. Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang dijalankan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Asisten Komisioner Osman menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan elak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.

Sumber Gambar: Facebook Polis Daerah Taiping

Dua anggota trafik telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran selepas iring seorang anak ahli parlimen tanpa arahan pihak atasan.

Iring Anak Ahli Parlimen Tanpa Arahan Pihak Atasan, Anggota Trafik Dipindahkan Ke Bahagian Pentadbiran

Dibiar Kepanasan Tanpa Penghawa Dingin Selama Sejam, Penumpang Luah Kekecewaan Terhadap Servis MAS

Seorang Datuk Didakwa Selepas Terbangkan Sebuah Helikopter Untuk Ambil Nasi Ganja Di Ipoh

Anda Mungkin Suka