Menggunakan agama untuk memuaskan nafsu sendiri boleh dianggap sebagai perbuatan yang sangat keji untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja di dunia ini.

Seperti kisah yang dikongsikan pengguna Twitter ini tentang bagaimana seorang bomoh palsu yang mendakwa dirinya menerima wahyu dari Tuhan untuk merawat pesakitnya dengan cara merogol mangsa yang datang menerima rawatan dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mangsa yang ketika itu dikatakan mengalami masalah kesihatan telah dihantar untuk mendapatkan rawatan dari bomoh itu oleh keluarganya sendiri.

Selepas dihantar ke rumah ‘wali’ ataupun bomoh palsu tersebut, bermulalah kisah dimana mangsa mula diganggu secara seksual dengan alasan untuk merawat.

Walaupun menyedari ada sesuatu yang tidak kena dan melaporkan perkara tersebut kepada keluarganya, mangsa masih dipujuk untuk mendapatkan rawatan dari bomoh palsu tersebut.

Tidak cukup dengan merogol mangsa, bomoh palsu itu turut melakukan sesuatu yang lebih menjijikkan seperti yang dikongsikan wanita ini.

Mangsa bukan saja dirogol, tetapi turut diugut bunuh selepas melaporkan perkara tersebut kepada si isteri bomoh palsu.

Bagaimanapun, selepas kes dibawa mahkamah, bomoh palsu tersebut bebas kerana ..

Tetapi, seperti pepatah Melayu mengatakan sepandai-pandai tupat melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Bomoh palsu atau ‘wali’ tersebut tidak berjaya melepaskan diri dari jenayah terkutuk yang telah dilakukannya. Dia telah dipenjarakan dan turut disebat selepas menggunakan agama untuk memuaskan nafsu.

Tahukah anda, amalan mandi bunga juga adalah kepercayaan yang tidak sepatutnya diikuti oleh masyarakat Melayu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kepercayaan Karut Terhadap Amalan ‘Mandi Bunga’ Dalam Masyarakat Melayu

Kaitan Mistik Lagu ‘Ulek Mayang’ Dalam Kepercayaan Melayu

Mendekati ‘Akodessewa Market’ Di Afrika, Pasar Ilmu Hitam Yang Terbesar Di Dunia

 

Sumber