Seperti ramai sedia maklum, kebiasaannya nama anak kepada ibu bapa Islam di Malaysia seringkali mempunyai bin atau binti. Hal ini sekaligus memberi menunjukkan anak tersebut lelaki atau perempuan.

Dalam pada itu, terdapat ibu bapa masa kini yang memilih untuk tidak lagi menyertakan bin atau binti dalam surat beranak. Malah, pemilihan ini dibenarkan kerana tidak diwajibkan untuk seseorang anak mempunyai bin atau binti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Isu ini mulai tular di Twitter apabila seorang wanita tampil berkongsi nama anaknya dalam surat beranak yang tidak mempunyai bin atau binti.

Sumber: Twitter

Wanita ini juga turut memaklumkan proses untuk mendaftar anak tanpa bin atau binti ini juga semakin mudah berbanding proses pendaftaran anak pertama sekitar 5 tahun lalu.

Perkongsian yang dibuat telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang menyokongnya dan terdapat netizen tidak bersetuju dengan pilihan wanita ini.

Menurut para netizen, penyertaan nama bin dan binti ini tidak ada salahnya malah memudahkan orang ramai mengetahui jantina seseorang hanya menerusi nama.

Selain itu, penggunaan nama yang semakin ‘canggih’ pada ketika ini dengan penyertaan bin atau binti memudahkan orang ramai mengetahui pada individu tersebut adalah beragama Islam.

Sementara itu, terdapat juga individu yang tidak menyokongnya dengan memaklumkan penyertaan bin atau binti bakal menyusahkan bayi untuk menulis nama yang panjang.

Tidak kurang juga yang memaklumkan penyertaan bin atau binti bakal menyukarkan proses keluar dan masuk negara luar khususnya sewaktu laluan imigresen.

Terdapat juga netizen yang mahukan nama anaknya tidak mempunyai bin si bapa berikutan si bapa yang culas membayar nafkah kepada anak.

Walau bagaimanapun, difahamkan pemilihan untuk tidak menyertakan bin atau binti buat ibu bapa beragama Islam dalam negara sememangnya dibolehkan mengikut undang-undang.