Sebuah berita yang mengejutkan ramai apabila pelakon, Diana Danielle dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.

Menerusi laporan portal, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan lalu berikutan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan Farid Kamil juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Diana. Dalam pada itu, Farid Kamil enggan melafazkan cerai di sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, pagi tadi.

Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan pelakon itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan permohonan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.

Dalam laporan Harian Metro sebelum ini, Diana pernah berkongsi pendapatnya saat ditanya mengenai perceraian dalam rumah tangga.

“Saya rasa, tiada wanita yang ingin membuat begitu (bercerai) tanpa sebab dan kita tak boleh bercakap banyak kerana masing-masing, ada kekurangan dan kelebihan,” katanya.

Setakat ini, masih belum terdapat perkongsian lanjut daripada Diana Danielle menerusi isu yang berlaku.