Kecoh sekitar penghujung tahun lalu apabila usahawan Dato Seri Vida memaklumkan sedang mencari seorang pembantu peribadi atau personal assistant (PA) dengan kriteria lelaki bujang berusia bawah 30 tahun di mana beliau sedia menawarkan gaji sebesar RM10,000.

Dato Seri Vida kemudiannya berjaya mendapatkan PA baharu menggantikan Iqbal iaitu seorang pemuda berusia 26 tahun bernama Syed Qushairi Syed Mahmud Iskandar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, Dato Seri Vida baru-baru ini dilihat tidak lagi bersama PU barunya. Hal ini turut membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan status PA baharu beliau yang turut berada dalam music video (MV) nyanyian Dato Seri Vida iaitu Ku Ikhlaskan.

@fanss.iqbaldsv

PART1⃣ dengar smp habisss❗❗❗❗kes ni mcm iqbal dulu je #fypシ #fyppp #virallll #tiktokvirall #dsv #abgqu

♬ 原声 – sakit💔 – smile but sayang💔

Segalanya terbongkar menerusi perkongsian Syed Qushairi atau lebih dikenali sebagai Abang Qu di Instagram Live di mana beliau mendedahkan tidak lagi ‘berkolaborasi’ bersama Dato Seri Vida.

Isunya berpunca disebabkan beliau tidak menerima sebarang tawaran atau perjanjian berkaitan pekerjaan yang dimaklumkan. Tambahnya lagi, Dato Seri Vida pada awalnya sekadar menawarkan peluang buat Abang Qu untuk ‘berkolaborasi’ dan bukanlah sebagai PA yang sebenar memandangkan Dato Seri Vida sudah mempunyai ramai individu yang bekerja sebagai PA.

Sebaliknya, beliau pada awalnya dimaklumkan untuk bertugas sebagai ‘PA acting’ di hadapan khalayak sahaja namun lambakan kerja yang ditugaskan Dato Seri Vida di samping mahu menguruskan perniagaan beliau sendiri membuatkan Abang Qu memilih untuk tidak lagi bekerjasama dengan Dato Seri Vida.

Sehubungan dengan itu, Abang Qu turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran yang ditawarkan.

@fanss.iqbaldsv

PART ✌ selama ni pa acting je ?#abgqu #dsv #tiktokvirall #virallll #fyppp #fypシ tunggu part 3⃣

♬ 原声 – sakit💔 – smile but sayang💔

Pendedahan yang dibuat Abang Qu turut mendapat perhatian Dato Seri Vida yang berpendapat Abang Qu mengambil kesempatan terhadap beliau serta mahu mengambil kesempatan terhadapnya. Dato Seri Vida akui isu yang berlaku merupakan ujian buat beliau agar lebih berhati-hati dengan orang yang rapat dengannya.

Pelakon Hollywood Ryan Reynolds baru-baru ini turut meluahkan rasa teruja dengan hasil kerja Sofyank selepas cuma shooting dalam tempoh 4 minit sahaja.

Diberi Masa 4 Minit Sahaja Untuk ‘Shooting’, Ryan Reynolds Terkejut Dengan Hasil Kerja Sofyank

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000