Tular sejak semalam di media sosial apabila selebriti popular tanah air iaitu Neelofa berjaya melangsungkan pernikahan bersama pasangan pilihannya iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam sebuah majlis yang diadakan dengan penuh meriah dan mewah.

Meskipun orang ramai gembira dengan pernikahan selebriti ini, sambutan yang didakwa melanggar SOP serta tanpa penjarakan fizikal antara yang membuatkan netizen berang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CM6bwZYARPQ/

Tidak kurang juga mereka yang membandingkan majlis yang dilangsungkan dengan solat berjemaah di masjid yang masih lagi dibuat secara berjarak sehingga ke hari ini.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

Difahamkan pihak polis telah memanggil penganjur majlis bagi membantu siasatan mengenai majlis yang telah berlangsung di sebuah hotel.

Sebelum ini, tular isu mengenai instafamous yang telah memberi keterangan palsu mengenai alasan merentas negeri sebelum dikenakan kompaun.

Beri Keterangan Palsu Untuk ‘Berbulan Madu’, Pasangan Instafamous Ini Bakal Dikompaun

Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan, ‘Rider’ Makanan Ini Bakal Terima Bonus Sebanyak RM56,870

Anjur ‘Fashion Show’ Tidak Patuh SOP, Tindakan Jenama Fesyen Terkenal Ini Buat Netizen Berang