Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Baru sahaja filem Parasite menempa nama di anugerah Oscar, sudah ada pihak filem yang mahu ambil kesempatan atas kejayaan filem tersebut.

Penerbit filem Tamil, PL Thenappan berkata beliau akan menyaman penerbit filem Parasite kerana plagiarisme. Thenappan berkata, filem berkenaan sangat mirip dengan karya filem tamil Minsara Kanna.

Filem Minsara Kanna merupakan filem yang dihasilkan pada tahun 1999 dibintangi pelakon Tamil, Vijay. Thenappan dilihat sangat serius dan akan mendapatkan bantuan peguam ternama dunia untuk memfailkan kes berkenaan.

Thenappan turut menuntuk pampasan sebagai ‘balasan’ mengambil idea daripada filemnya. Untuk pengetahuan anda, filem Parasite arahan Bong Joon-ho mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa asing pertama memenangi anugerah Filem Terbaik di Oscars, selain turut membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Filem Luar Terbaik.

Perkara berkenaan bermula sebagai satu gurauan di media sosial di mana peminat filem Tamil berkongsikan perkara berkenaan di media sosial. Pengarah Minsara Kanna, S. Ravikumar tidak ambil serius perkara berkenaan tetapi bangga apabila filem arahannya dikaitkan dengan Parasite.

Namun, perkara tersebut tidak diambil ringan oleh Thenappan. Adakah Thenappan hanya mahu ‘tumpang populariti’ filem Parasite?

Seperti juga filem Joker, lokasi penggambaran dalam filem Parasite kini turut menjadi tumpuan pelancong. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

4 Lokasi Filem Parasite Kini Diserbu Pelancong Selepas Menang Besar Di Oscar

Parasite Cipta Sejarah, Menang Filem Terbaik Di Anugerah Oscar Ke-92

Selepas 17 tahun, Parasite Filem Bahasa Asing Pertama Menang ‘Best Original Screenplay’ Di Anugerah Oscar