Kecoh pada minggu lalu apabila suami kepada Uqasha Senrose, Kamal Adli dilaporkan telah cedera parah pada bahagian kepala di Singapura berikutan dipukul oleh seorang individu.

Ujian yang menimpa keluarga mereka ini menjadi lebih parah apabila muncul seorang wanita yang mendakwa apa yang berlaku kepada Uqasha Senrose merupakan karma.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hal ini kerana perlakuan yang dibuat pelakon itu sewaktu sekolah di mana beliau mendakwa pernah dibuli oleh Uqasha Senrose sehingga mengalami masalah trauma sehingga kini.

https://twitter.com/ImZawani/status/1635406321070780418?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1635406321070780418%7Ctwgr%5Ecae9a1d762c66e4c28cdd17f78a6ed5241fe164b%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fsaya-tak-pernah-buli-orang-di-sekolah-uqasha-senrose-kesal-difitnah-wanita-mengaku-ex-classmate%2F

Situasi yang berlaku secara tidak langsung telah mendapat perhatian netizen serta rakan Uqasha Senrose sendiri yang menafikan situasi yang berlaku. Malah, terdapat dakwaan yang memaklumkan Uqasha Senrose yang berpindah sekolah dan bukannya wanita tersebut.

Terbaharu, kurang lebih seminggu drama berlaku, wanita dengan nama Twitter ini memaklumkan memilih untuk berdamai dengan Uqasha Senrose kerana percaya pelakon itu mungkin sudah berubah seiring dengan waktu. Beliau juga mahu bukti Uqasha Senrose bukan lagi kaki buli sewaktu suatu ketika dahulu seperti yang didakwa.

Sementara itu, Uqasha Senrose menerusi laman Twitter memaklumkan wanita ini telah membuang beberapa tweet yang sebelum ini dilemparkan kepada beliau sekaligus menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata netizen turut hairan dengan insiden yang berlaku melibatkan seorang wanita bersama pelakon selepas didakwa pernah dibuli sekitar 15 tahun dahulu di sebuah sekolah di Subang Jaya.