Selama 6 bulan terakhir, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) melaporkan bahawa 99.5 peratus orang yang meninggal dunia akibat COVID-19 datang dari mereka yang tidak disuntik vaksin. Dr Rochella Walensky, seorang saintis dan juga pengarah CDC menyatakan kepada umum bahawa laporan dari badan pencegahan wabak ini menunjukkan bahawa setiap kematian yang dikaitkan dengan COVID-19 mampu dielakkan jika semua orang mengambil vaksin.

Kata Walensky lagi, setiap penderitaan atau kematian akibat wabak COVID-19 adalah bersifat tragis dan menakutkan. Perkara ini bagaimanapun mampu dielak jika semua orang mengambil vaksin.

Manakala analisis awal dari Associated Press (AP) mendapati 99.2 peratus daripada lebih 18,000 orang yang meninggal dunia akibat COVID-19 yang dilaporkan pada bulan Mei adalah datang dari individu yang tidak disuntik dengan vaksin.

Bagi para ilmuwan, termasuk Walensky, situasi terkini telah memberi isyarat positif kepada dunia bahawa vaksin mampu menyelamatkan mereka dari wabak COVID-19 yang telah menjadi ancaman dunia sejak tahun lalu. Ia juga memberi isyarat positif tentang keberkesanan vaksin dengan varian delta yang sudah mula menular dengan lebih ganas.

Di dalam situasi lain, Walensky melihat situasi terkini korban COVID-19 adalah mereka yang mudah dijangkiti penyakit dan CDC telah mulai melihat peningkatan kadar penyakit di beberapa kawasan kerana penyebaran varian Delta.

Selama beberapa minggu terakhir, pegawai kesihatan memberi amaran mengenai varian Delta, yang menyebar dengan ganas di India beberapa bulan terakhir. Para pakar mendesak orang-orang yang tidak disuntik dengan vaksin dan terutama mereka yang berada di dalam komuniti dengan kadar peratusan vaksin yang rendah untuk segera mendapatkan vaksin.

Bagi Walensky, sidang media yang diadakan ini bukan sahaja mengenai keberkesanan vaksin. Tetapi ia juga untuk memberi amaran awal mengenai munculnya varian Delta yang kini mewakili 25 peratus dari semua kes COVID-19 di Amerika Syarikat dan merupakan ancaman utama di beberapa negara yang terkesan.

Untuk rekod, varian Delta mungkin tidak sebahaya varian yang lain. Tetapi kerana sifatnya yang mudah menular dan menyebar kepada umum dengan pantas, itulah yang ditakutkan oleh para penyelidik. Bukti sudah menunjukkan bahawa vaksin COVID-19 berkesan untuk melawan varian Delta. Jadi dapatkan vaksin sekarang dan jangan berlengah lagi.

Vaksin AstraZeneca yang diberi kepada Malaysia didakwa tidak diiktiraf oleh EU ‘Vaccine Passport’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf Oleh EU ‘Vaccine Passport’

Presiden Filipina Kepada Rakyatnya: Kalau Tolak Vaksin COVID-19, Saya Suntik Vaksin Babi

Pelajar Perubatan Dihalang Ambil Peperiksaan Oleh Universiti Kerana Belum Divaksin