Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peperangan di antara Israel dan Palestin pada bulan lalu telah menyaksikan bukan sahaja beratus nyawa melayang, malah kerugian harta benda dan kehilangan tempat tinggal. Dalam konflik 11 hari tersebut, serangan Israel terhadap Gaza telah menghancurkan sebanyak 17,000 rumah dan kawasan perniagaan. 53 sekolah, 6 hospital, 4 masjid turut menerima nasib yang sama akibat daripada tindakan kejam Israel.

Apa yang menyedihkan mengenai perang ini adalah kehilangan nyawa yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 248 orang rakyat Palestin, termasuk 66 kanak-kanak. Sejak itu, pelbagai usaha daripada negara Islam di seluruh dunia hadir untuk membantu saudara kita di Palestin dan hampir kesemua negara Islam terus menerus mengutuk tindakan kejam Israel terhadap Palestin.

Malaysia, Brunei dan Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam di Asia tenggara turut mengecam serangan 11 hari Israel ke atas Semenanjung Gaza. Ketiga-tiga negara ini juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan kejam Israel dan menggesa agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) campur tangan bagi menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin.

Kelantangan ketiga-tiga negara ini menyuarakan amarah mereka terhadap Israel sebenarnya telah berjaya mendapat perhatian kerajaan zionist. Disebabkan itu, kebanyakan media tempatan semalam menyatakan bahawa wujud cubaan dari Israel untuk berbaik-baik dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei. Katanya, niat Israel untuk membuka hubungan dua hala dengan negara Islam di Asia Tenggara tidak lain adalah untuk membetulkan salah faham berhubung konflik Israel-Palestin.

Dalam satu temubual di antara duta Israel ke Singapura, Sagi Karni dengan The Jerusalem Post. Dia menyatakan bahawa hubungan dua hala ini akan memberi banyak peluang kepada negara-negara terbabit untuk membetulkan salah faham konflik Israel dan Palestin. Tambah Karni lagi, kritikan tiga negara terbabit terhadap Israel adalah ‘tidak jujur’ dan tidak berasas, di mana dia sifatkan situasi perang tersebut adalah konfrontasi antara Israel dengan Hamas dan bukannya Israel terhadap semua warga Palestin.

“Hamas adalah sebuah pertubuhan anti-Yahudi dan saya tidak tahu berapa ramai individu di media sosial yang benar-benar faham betapa radikal dan fasisnya Hamas,” katanya sambil menambah bahawa satu-satunya cara untuk membina pengaruh besar ke atas apa yang berlaku di Asia Barat adalah dengan mewujudkan hubungan dengan Israel. Kata Karni lagi, Israel sentiasa membuka pintu untuk berbincang dan bertemu.

Untuk rekod, Israel mempunyai kedutaan di negara lain di Asia seperti Vietnam, Thailand, Myanmar dan Filipina. Empat negara Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah perjanjian yang dikelolakan Amerika Syarikat.

Niat Israel untuk membuka peluang berbaik dengan Malaysia turut mendapat perhatian rakyat Malaysia. Sejak semalam, tular di media sosial tanda pagar #TolakNormalisasi di mana gerakan ini mengfokuskan kepada perjuangan untuk menafikan segala usaha untuk membina hubungan di antara Malaysia dan Israel. Sebahagian rakyat Malaysia menolak untuk berkerjasama dengan ‘pembunuh’, manakala sebahagian lagi menyatakan bahawa mereka tidak akan sesekali curang dengan Palestin.

Ini sebabnya warga Israel terlalu ‘ghairah’ mahu melawat Malaysia meskipun diharamkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ini Sebabnya Warga Israel Terlalu ‘Ghairah’ Mahu Melawat Malaysia Meskipun Diharamkan

‘To My Friends In Malaysia’ – Aktivis Israel Ini ‘Koyak’ Dikecam Netizen Malaysia

Israel Diberi ‘Lampu Hijau’ Dalam Menyasar Sekutu Hamas Termasuk Malaysia

Anda Mungkin Suka