Kekayaan CEO Zoom Video Communications Inc. Eric Yuan terus melonjak dan dalam masa beberapa jam, dia berjaya memperoleh USD$4.2 bilion atau RM17 bilion.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg, saham perusahaan yang memfokuskan kepada pertemuan secara virtual milik Yuan melonjak sebanyak 26% menjadi USD$410 pada akhir perdagangan AS semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenaikan harga ini disebabkan lonjakan pendapatan suku tahunan dan dijangka akan terus bertumbuh. Sekiranya Zoom berjaya mengekalkan kenaikan saham pada hari Selasa (1/9), kekayaan Yuan akan melebihi USD$20 bilion.

Zoom telah menjadi salah satu platform yang menerima banyak manfaat sejak wabak COVID-19 menyerang dunia. Kebanyakan perniagaan dan institusi pendidikan telah beralih ke perkhidmatan tersebut.

Tahun ini dilihat sebagai tahun terbaik untuk kumpulan jutawan, terutamanya mereka yang memfokuskan kepada perniagaan teknologi. Perintah penutupan yang dijalankan oleh beberapa negara telah memberi impak positif kepada syarikat terbabit.

Sebagai contoh, Jeff Bezos dari Amazon.com Inc telah berjaya mengumpul kekayaan bersihnya sebanyak USD$13 bilion dalam masa satu hari pada bulan Julai, dan Elon Musk dari Tesla Inc. berjaya menambah USD$8 bilion dalam 24 jam bulan lalu. Kedua-duanya telah mencatat kekayaan, dengan Bezos melepasi USD$ 200 bilion dan Musk melepasi USD$ 100 bilion minggu lalu.

Terdahulu, Jeff Bezos sah jadi orang paling kaya di dunia dengan nilai RM850 bilion. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Yang Kaya Makin Kaya, Jeff Bezos Sah Jadi Orang Paling Kaya Di Dunia Dengan Nilai RM850 Bilion

Peroleh RM32.62 Bilion, Elon Musk Kini Merupakan Manusia Keempat Terkaya Dunia