Sebanyak 53,797 kes wabak coronavirus telah berjaya disembuhkan walaupun terdapat ketakutan dari kalangan saintis bahawa wabak berasal dari Wuhan ini akan berkembang menjadi lebih agresif.

Semalam, para saintis telah mengumumkan bahawa wabak ini telah bermutasi menjadi lebih agresif. Wabak ini didapati telah berkembang menjadi dua keturunan – jenis L dan jenis S. Dilaporkan bahawa jenis L telah menyumbang kepada 70 kes wabak ini diseluruh dunia.

Angka bagi keseluruhan kes adalah sebanyak 97,901, manakala angka kematian pula telah mencapai 3,348 orang dengan peratusan sebanyak 3.42%. Namun WHO telah mencatatkan hampir separuh kes berjaya disembuhkan dengan peratusan sebanyak 54%.

China mencatatkan angka tertinggi pesakit yang berjangkit dan telah menyumbang hampir 90% angka kematian sebanyak 3,074.

Manakala Itali, Korea Selatan dan Iran adalah negara paling buruk terjejas selepas China. Dengan beberapa negara telah menutup sempadan kepada rakyat daripada tiga negara tersebut.

Di Malaysia pula, lebih 55 kes telah dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Daripada angka yang dicatatkan tersebut, hampir 20 orang dilaporkan berjaya sembuh manakala yang lain masih dirawat di hospital.

Malaysia adalah antara negara yang masih belum mencatatkan apa-apa kes kematian.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu agar membaca Qunut Nazilah yang terdapat dalam doa qunut ketika solat Subuh bagi memohon perlindungan Allah daripada jangkitan COVID-19.

Berikut adalah cerita lain mengenai coronavirus, klik pautan di bawah untuk membaca.

Iran Kucar-Kacir, 23 Ahli Parlimen Diuji Positif Wabak Coronavirus

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif