Suatu pagi yang cerah , aku melengung di tepi tingkap sambil menghirup kopi. Peristiwa ini berlaku 3 tahun yang lalu, masa tu aku baru beberapa bulan saja di Satun. Rumah pun sekerat bata dan sekerat plywood.

Biasanya musim begini selalunya hujan, tapi pagi ni , cuaca sangat cerah. Tiba tiba terdengar suara takbir raya sayup-sayup. Maklumlah rumah ku agak terpencir di pinggir kampung di tepi sungai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengar pengumuman, hari raya Aidil Adha besok tapi mengapa mereka bertakbir. Aku bergegas memakai pakaian Melayu satu sut.

Aku kira, aku tersilap dengar pengumuman tv dan aku berjalan ke masjid.Masa tu kenderaanku hanyalah kaki.

Sampai di Masjid yang berdekatan rumah kira kira 1km, kelihatan ramai jemaah sedang bertakbir. Aku berwuduk dan menunaikat solat sunat masjid.

Selepas itu duduk dan sama-sama bertakbir. Selesai khutbah, aku dengan hensem berpakaian Melayu bersamping ke rumah mertua kira kira 500 meter.

Kelihatan mertuaku sekadar berkain pelikat dan bersinglet. Memberi salam terus bertanya, “ayah tak pi sembahyang raghya ka”.

Dia jawab, “esok baru raghya. Awat hang sembahyang dah ka?”.
Saya selamba menjawab “ha la”.

Dia kata, “tak pa la, esok sembayang sekali lagi”.

beraya-di-satun-2
Salah satu masjid di kampung
beraya-di-satun-1
Satu lagi masjid di kampung, tapi sedang dalam proses pembesaran.

Menurut mertua saya, masjid berkenaan selalu begitu. Membuat keputusan yang selalu membelakangi keputusan Majlis Agama Islam Thailand.

Nasib kami baik kerana Majlis Agama Islam Satun ak tahu dan tak berapa kisah. Kalau tidak, tidur lokap juga semalam.

Raya 2 kali sekampung adalah fenomena biasa di Satun atau Thailand. Ini kerana pihak masjid selalu membuat keputusan sendiri dan melanggar perintah kerajaan.

Satu kampung melebihi dari sebuah masjid adalah perkara biasa di Thailand. Ini berpunca dari perbezaan mazhab dan pendapat.

Sepanjang pengetahuan saya, bukan kerajaan tidak bantu masjid tapi bila satu kampung ada dua tiga masjid, larat ke kerajaan nak bantu.

Selalunya pada malam raya ada dua tiga hari sebelum Ramadhan, ada Perutusan Khas TV oleh PM Thailand. Dari permerhatian saya setelah 3 tahun, Kerajaan Thailand tidaklah zalim kepada umat Islam.

Mereka membenarkan umat Islam mengamalkan agama Islam dan bahkan bantuan disalurkan.

Cuma kita di Malaysia kadang kala mendapat info salah dari golongan yang cuba meraih simpati derma kita yang pemurah.

Banyak perkara yang saya lalui di sini dan perhatikan totaly berbeza dengan tanggapan saya sebelum menetap di Thailand.

Dulu saya anggap mereka anti Islam tetapi tidak , bahkan kerabat diraja akan berpakaian sopan dan sama-sama menghormati Islam jika mereka di majlis berkaitan Islam atau melawat provinsi Islam.

Malah ada kalangan mereka mengangkat tangan menadah doa seperti mana kita lakukan. Cerita kerabat menadah doa, menjadi viral di FB Malaysia sedangkan di Thailand adalah perkara biasa.

Kekadang saya rasakan orang Malaysia lebih sudu dari muslim Thai itu sendiri.

Mendapat suapan berita tanpa melihat sendiri atau berpengalaman di sini. Cepat melatah dan beremosi tidak tahu punca.

Inilah antara secebis pengalaman saya sepanjang menjadi guru Bahasa Melayu dan menetap di Satun, Selatan Thai ini.