Rata-rata rakyat Malaysia pasti sudah mencuba resipi kopi viral kegemaran rakyat Korea iaitu Dalgona Coffee. Mana tidaknya, Dalgona Coffee ini turut boleh dinikmati walaupun anda bukan penggemar kopi.

Jika anda tidak suka kopi tidak mengapa, anda boleh cuba 5 pilihan resipi dalgona. Ayuh ikuti pilihan resipi yang ‘awesome’ ini.

1. Matcha Dalgona Green Tea Latte

Anda boleh cuba menggunakan teh hijau untuk membuat dalgona. Bolehlah nikmati minuman teh hijau dengan cara berbeza.

2. Dalgona Coklat

Penggemar coklat mesti cuba buat coklat dalgona ini. Memang terbaik terutama sekali nikmati waktu cuaca panas.

3. Dalgona scone + Daglona teh susu

Untuk resipi ini, ia menggunakan teh earl grey tetapi anda boleh menggunakan teh lain. Pastinya nikmati minuman ini bersama scone dalgona akan membuat anda seperti berada di English Tea House.

4. Susu strawberi + Susu Oreo Dalgona

Kami dapat rasakan minuman ini sesuai untuk anda yang gemar minum minuman manis. Gabungan rasa susu strawberi dan Orea yang seimbang akan ‘kick’ deria rasa anda.

5. Dalgona Milo

Jika dulu viral dengan ais kepal milo, apa kata cuba dalgona milo pula. Rakyat Malaysia memang suka milo, bukan? Pastinya minum dalgona milo ini akan membuatkan anda rasa bertenaga.

Kelima-lima resipi ini mempunyai cara yang sama seperti membuat dalgona coffee. Cukup mudah dan sedap! Selamat mencuba.

Apa tunggu lagi? Pastinya anda yang tidak suka kopi boleh cuba resipi yang lain ini dan tidaklah anda bosan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sementara itu, anda mungkin ingin cuba menu lain yang sedap dan lazat. Baca resipi lain di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Resipi Lazat Dan Ringkas ‘Classic Coney Dog’ Ala A&W Anda Patut Cuba

Resipi Lazat ‘Mushroom Soup Dan Garlic Bread’ Ala Pizza Hut Anda Patut Cuba

Resipi Mudah Dan Sedap Roti Canai Gunakan ‘Breadmaker’

Sumber