Minggu ini, nama jurugambar dari Malaysia Abdullah Dean atau Dallah Dean dan Nazri Sulaiman menjadi bualan warganet apabila gambar ‘Mowgli Malaysia’ yang dirakam menang di pertandingan Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic.

Namun begitu, di sebalik kejayaan yang dicapai pasti ada suara yang ibarat menyangkal kemenangan mereka. Menerusi posting yang dibuat di laman Facebook Dallah Dean semalam, beliau dilihat kecewa apabila karyanya disamakan dengan hasil kerja jurugambar dari negara seberang, Herman Damar.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Terima Kasih kepada En Uthman Daud atas posting tuan berkaitan saya….cuma secara jujur saya tk kenal individu bernama…

Posted by Dallah Dean Photography on Friday, January 11, 2019

Dallah Dean menegaskan yang beliau langsung tidak mengenali jurugambar Herman Damar secara personal malahan tidak pernah melihat hasil kerja Herman Damar sebelum ini. Mungkin karya Herman Damar mirip dengan gambar yang dirakam Dallah Dean, tetapi Dallah tidak menjadikan hasil kerja Herman Damar sebagai inspirasi atau rujukan.

Ramai rakan jurugambar dari Malaysia yang memberi sokongan pada Dallah Dean dan individu yang membuat dakwaan berkenaan sudah memadam kenyataan beliau berkenaan isu ini.

Apa yang kita boleh belajar di sini adalah jangan membuat andaian sekiranya kita tidak tahu perkara sebenar. Mungkin individu berkenaan boleh tanya Dallah Dean secara terus sama ada gambar berkenaan mengambil inspirasi dari mana-mana sumber atau pun tidak.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka