Kebab kini sudah menjadi sebahagian daripada makanan yang sering di makan oleh rakyat Malaysia. Makanan ini semakin popular selepas tumbuhnya restoran Damascus di Bukit Bintang yang kini menjadi perhatian penggemar makanan arab di Malaysia.

Terbaharu, restoran Damascus Bukit Bintang didakwa bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran Al-Damascus yang baru dibuka di Johor Bahru. Dalam tangkap layar yang dikongsi oleh netizen, Damascus mendakwa bahawa Al-Damascus telah bertindak meniru nama Damascus Bukit Bintang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tangkap layar ini tular setelah seorang netizen berkongsi berita gembira buat warga Johor Bahru selepas dikatakan bahawa Damascus Bukit Bintang telah membuka cawangan baharu.

Bagaimanapun, melalui mesej pendek yang dijawab oleh Damascus Bukit Bintang setelah ditanya oleh salah seorang netizen adakah berita pembukaan premis baharu itu benar, mereka menafikan perkara tersebut.

Di bahagian mesej itu juga Damascus merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Al-Damascus kerana meniru nama mereka.

Netizen yang sebelum ini percaya bahawa cawangan baharu di Johor Bahru itu milik Damascus ternyata terkejut dengan kenyataan Damascus Bukit Bintang dan sebahagiannya pula menyokong tindakan mereka untuk menyaman pihak terbabit kerana mengelirukan orang ramai.