Pereka terkenal Damien Hirst kini tampil dengan rekaan yang unik dan mewah untuk sebuah suite hotel di Palms Casino Resort Las Vegas. Pastinya rekaan suite ini akan menjadi dambaan kaki foto untuk mengambil gambar dan berkongsi dengan rakan-rakan.

Menariknya, suite ini menampilkan dua bilik tidur dan terdapat kolam renang pada bahagian luar dan dihadiahkan pemandangan indah Las Vegas. Malah, pada bahagian lounge sangat luas sehingga boleh menempatkan 50 orang dalam satu masa, gym, bilik urut, bilik air dan lain-lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_1-1704×1137

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_2-1704×1137

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_5-1704×1137

Perincian yang diletakkan pada setiap sudut hampir keseluruhannya mendapat sentuhan Damien Hirst dari segi perabot dan tekstil yang menggabungkan  reka bentuknya, serta memaparkan 6 karya seni miliknya berskala besar. Paling mencuri perhatian adalah dua ekor ikan jerung yang digantung dalam tangki formaldehid.

Warna putih dan chrome dipilih untuk menghasilkan konsep kontemporari dan dapat dilihat motif corak kupu-kupu digunakan menjadikan ia lebih menarik perhatian.

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_7-1704×1137

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_8-1704×1137

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_12-1704×1136

empathy-suite-damien-hirst-interiors-hotel-las-vegas-nevada-usa_dezeen_2364_col_15-1704×1136

Untuk pengetahuan anda, suite ini direka oleh Damien Hirst berkolaborasi dengan Bentel & Bentel Architects iaitu sebuah firma di New York dan Klai Juba Wald Architects yang merupakan firma tempatan.

Bagi anda yang ingin menginap di suite ini, harga penginapan satu malam disini bermula daripada $25,000 (~RM102,200) hingga $50,000 (~RM204,400).

Sumber