Siapa sangka dengan hanya menjalankan bisnes penghantaran makanan sahaja sudah mampu membuatkan Syarikat Dah Makan melebarkan sayap ke negara-negara seberang. Lebih mengagumkan, Dah Makan yang baru berusia 2 tahun ini berjaya mengatasi pencabar-pencabar lain dengan menjadi penerima dana terbesar Asia Tenggara bagi servis penghantaran makanan.

Melalui pelaburan terbaru daripada NFQ Capital, East Ventures, Asia Venture Group dan Grupara, Dah Makan telah berjaya memperoleh dana sebanyak $1.3 juta USD secara total.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
(Daripada Kiri) Jessica Li (COO), Jonathan Weins (CEO), dan Christian Edelmann (CTO)

Sesuai dengan namanya yang simple dan catchy, Dah Makan berjaya memikat hati pengguna dengan penawaran makanan bagi hidangan makan pagi, tengah hari dan makan malam seterusnya penghantaran yang efisien. Pengguna hanya perlu pesan dan tunggu seketika sebelum makanan dihantar ke kediaman atau pejabat anda.

Bagi mengatasi masalah makanan yang sama setiap hari, Dah Makan turut bekerjasama bersama beberapa restoran bagi memastikan para pengguna bakal menerima masakan yang berbeza setiap hari daripada 4 jenis masakan. Setakat ini sahaja, Dah Makan sudah berjaya menawarkan servis mereka kepada lebih 1,000 pengguna di Malaysia setiap hari.

Melihat kepada jumlah dana yang diterima, syarikat Dah Makan berhasrat untuk melebarkan sayap ke negara-negara jiran berbanding memfokuskan kepada beberapa tempat lain di Malaysia. Industri tech bagi memudahkan lagi pengguna, rider serta sistem antara yang difokuskan syarikat ini.

Tahniah kami ucapkan buat pasukan Dah Makan. Kami harap usaha syarikat ini untuk melebarkan sayap ke negara-negara jiran bakal diterima ramai seterusnya berjaya menjadi pioneer di dalam industri yang diceburi.

Buat anda yang berminat untuk mencuba servis Dah Makan, anda boleh membuat tempahan di laman web mereka dengan klik di sini, atau muat-turun aplikasi Dah Makan pada platform Android dan iOS.

Sumber