Mulai tahun 2017, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka melancarkan dana patuh syariah sepenuhnya sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh syariah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya (Pelaburan), Datuk Mohamad Nasir Ab Latif, berkata saiz awal dana itu dijangkakan antara RM100 bilion dan RM120 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Dana itu akan berasaskan ‘siapa cepat dia dapat’ kerana saya tidak rasa kami boleh menampung semua orang.

“Kami menyasar kurang daripada RM120 bilion. Ia hanya anggaran,” katanya kepada pemberita pada taklimat media di Kuala Lumpur, hari ini.

BACA: Pencarum KWSP Bakal Ditawarkan Akaun Patuh Syariah

Jumlah aset pelaburan pengurus dana itu berkembang sebanyak RM667.56 bilion pada September 2015, meningkat RM31.03 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun berkenaan.

Pada April tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dana patuh syariah oleh KWSP yang bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam hab kewangan Islam.

KWSP kemudiannya mengambil khidmat perunding untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan dana pencen sokongan negara pertama yang dikhususkan sepenuhnya kepada pelaburan patuh Syariah.

BACA: Lelaki Ini Kongsi Kaedah Sucikan Dana KWSP Daripada Hasil Riba’

Sumber