“I’d rather slash my wrists than play James Bond again.” Daniel Craig pernah mengeluarkan kenyataan ini ketika ditanya adakah dia akan kembali sebagai James Bond selepas ‘Spectre’. Spectre merupakan filem ke-4 Daniel Craig sebagai Bond.

Spekulasi Daniel Craig akan berhenti dari franchise filem James Bond bertambah kuat apabila Daniel Craig dilaporkan telah bersetuju untuk berlakon untuk satu siri drama baru, ‘Purify’. Drama ini akan berlangsung untuk beberapa musim, 20 episod setiap musim.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daniel yang kini berusia 47 tahun sudah beberapa kali dipujuk oleh Sony untuk kembali sebagai James Bond tetapi tiada kata putus dari Daniel buat masa ini. Tidak bermaksud Daniel tidak boleh berlakon sebagai Bond jika beliau komited dengan drama Purify. Jika Sony masih mahukan Daniel sebagai Bond, Sony boleh menjalankan pengambaran filem Bond yang akan datang mengikut kesesuaian jadual Daniel.

Beberapa nama sudah disebut untuk menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond. Antaranya Tom Hardy, Damian Lewis, Henry Cavill dan Idris Elba.

Henry Cavill
Henry Cavill
Tom Hardy
Tom Hardy
Damian Lewis
Damian Lewis
Idris Elba
Idris Elba

Dengan nama-nama hebat yang dapat menggantikan Daniel Craig ini, saya rasa calon yang paling sesuai untuk jadi the next Bond adalah Tom Hardy atau Henry Cavill kerana mereka ini sudah punya pengalaman berlakon sebagai spy sebelum ini. Tom Hardy menyinar dalam ‘This Means War’ manakala Henry Cavill dalam filem ‘Man From UNCLE’. Tetapi jika Sony mahukan James Bond dari pelakon kulit hitam, Idris Elba adalah pilihan yang tepat. Jadi, apa kata anda? Siapa yang anda mahu tengok sebagai the next Bond?