Spekulasi yang mengatakan aktor hebat seperti Idris Elba, Tom Hiddleston dan James Norton bakal memegang watak James Bond kini berakhir apabila Daniel Craig sendiri akan kembali memegang watak perisik ini yang dijangka keluar tahun 2019.

Dalam satu temubual untuk promosi filem ‘Spectre’ sebelum ini, Craig berkata beliau lebih rela ‘menghiris pergelangan tangannya’ daripada kembali memegang watak Bond. Beliau turut menolak tawaran USD100 juta untuk dua filem Bond akan datang sebelum ini.

Komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjadi Bond dan mungkin itu antara sebab kenapa Craig menolak untuk kembali menjadi James Bond. Tetapi khabarnya tawaran yang ‘sangat lumayan’ berjaya mengumpan Craig untuk kembali sebagai Bond.

Aktor berkenaan akan berusia 51 tahun apabila filem ini keluar di pawagam. Roger Moore dan Sean Connery membuat penampilan terakhir mereka sebagai Bond juga pada usia 50-an.

Kemungkinan besar ini adalah filem terakhir Daniel Craig sebagai Bond. Selepas ini team 007 sudah boleh merancang awal siapa yang mereka perlu pilih untuk James Bond seterusnya. Saya nampak Tom Hardy layak untuk jadi Bond yang seterusnya.