Richard Prince yang terkenal dengan menjual hasil seni orang lain sebagai hasil sendiri tanpa melanggar undang-undang hak cipta telah kembali. Kali ini dia menjual gambar-gambar screenshot dari akaun Instagram orang lain. Perbuatannya ini telah menimbulkan persoalan mengenai hasil kerja seni di kalangan artis seni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia telah menjual kanvas yang memaparkan gambar-gambar milik pengguna Instagram tanpa kebenaran. Prince telah menjual kanvas-kanvas terbabit yang diambil secara screenshot sahaja dan mengubahsuai komen di bawah gambar itu telah membuatkan ia boleh dijual secara sah tanpa menyalahi undang-undang di bawah terma “Fair Use” gambar asal.

Seorang pengguna Instagram, @doedeere telah mengakui Prince tidak meminta kebenarannya dan gambarnya telah dijual dengan harga $90,000 ketika sesi preview untuk VIP. Walaubagaimanapun, dia tidak merancang untuk menyaman Prince.

@doedeere memuatnaik status ini di akaun Instagram miliknya:

“Ya, potrait saya sedang dipamerkan di Frieze Gallery di bandar New York. Ya, ia hanyalah screenshot (bukan lukisan). Tidak, saya tidak beri kebenaran dan ya, artis kontroversi Richard Prince tetap letak disitu.”

Saman? Prince pandai mengeksploitasi undang-undang yang akhirnya dia mengaut keuntungan tinggi. Walaupun banyak kali disaman oleh pelbagai pihak, dia bebas atas dasar “fair use”. Antaranya kes dia dengan jurugambar, Patrick Cariou. Gambar milik Cariou diubah sebegini dan dinyatakan sebagai hasil seni Prince:

img-cariou1_182213651755.jpg_x_1600x1200

Kanvas-kanvas ini pernah ditampilkan di pameran “New Portraits” di Gagosian Gallery, New York, US. Kini, ia dijual di New York dalam lingkungan $100,000 setiap satu.

Sumber: Business Insider, Complex

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram