Apabila kita parkir kenderaan di tempat awam, pasti akan ada segelintir pemandu yang terpaksa meletakkan kenderaan secara ‘berlapis’ gara-gara ruang letak kereta yang terhad. Hal ini boleh bertambah sulit sekiranya tiada nombor diletakkan untuk menghubungi pemilik memintanya mengalihkan kenderaan. Namun isu ini boleh ditangani dengan penggunaan robot pintar.

Baru-baru ini tular rakaman video menunjukkan sebuah robot digunakan untuk mengalih kereta yang  diletakkan secara double-parking. Dalam video itu kelihatan satu robot meluncur ke bawah kenderaan-kenderaan itu dan mengalihnya tempat lain, sambil dikawal oleh seorang penguatkuasa yang berada di lokasi berhampiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Robot itu merupakan ciptaan sebuah syarikat teknologi Shenzhen Shanyi Technologies, yang fokus pada menyelesaikan masalah tempat letak kereta dengan mengabungkan solusi pemanduan AI bersepadu dengan robot mereka.

https://twitter.com/justcurious1313/status/1575661610147860481?s=20&t=nhG1KDJkvW_XUxil5qXxxg

Sumber Gambar: Shenzhen Shanyi Technologies

Tambah syarikat itu lagi, solusi itu sesuai digunakan secara meluas di kawasan trafik statik yang kekurangan tempat letak kereta, seperti kawasan pejabat komersial, lapangan terbang, stesen kereta api berkelajuan tinggi, hospital dan kawasan kediaman.

Solusi tersebut boleh mengurangkan pelepasan karbon kereta di tempat letak kereta dengan berkesan dan mengurangkan masa menunggu untuk kereta double parking dialihkan — sekiranya ada kenderaan lain menghalang kereta anda, robot ini dapat mengalihkannya dengan cekap dan efisen dalam masa 20 saat sahaja.

Bayangkan jika robot ini digunakan secara meluas di Malaysia, sudah pasti kes side mirror patah dan badan kereta bercalar boleh berkurangan. Sebelum ini ada seorang pemandu Mercedes mencabut nombor plat Perodua Viva gara-gara keretanya dihalang double parking.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.