Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang pengguna jalan raya berkongsi rakaman video dashcam keretanya di mana ada seorang penunggang motosikal mendapat ‘hukuman’ on the spot selepas membuat beberapa kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu video berdurasi 41 saat, ada seorang penunggang motosikal telah memarahi seorang pemandu Perodua Myvi yang melalui di hadapannya.

Kemudian secara tiba-tiba dia membuat aksi ‘wheelie’ sejurus lampu isyarat merah bertukar menjadi hijau.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Namun dalam beberapa meter selepas itu telefon pintarnya keluar dari poket dan terjatuh ke atas jalan raya.

@wannsot555

karma is real bro 👌 #dash #dashcam #dashcamviral #dashcammalaysia #matrempit #matmotor #viral #fyp #fypnew #karmadunia

♬ original sound – Putri Fieyna – Putri Fieyna

Dia segera memberhentikan motosikal dan mengundur perlahan-lahan untuk mengutip telefonnya.

Penunggang motosikal itu ‘bernasib baik’ kerana ketika itu jalan raya tidak sibuk dan tiada mana-mana kenderaan melenyek telefon tersebut.

Rakaman video yang dikongsikan tular di kalangan netizen dan membuatkan orang ramai rasa puas hati dengan ‘hukuman’ yang diterimanya serta-merta.

Sumber Gambar: FB Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: FB Dashcam Owners Malaysia

Nyata netizen yang geram dengan tindakan ‘wheelie’ lelaki itu, mereka mahu dia sendiri yang jatuh bukan telefonnya, supaya pada masa hadapan dia akan beringat tidak melakukan aksi-aksi berbahaya lagi.