Sejak DidikTV KPM diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ramai ibu bapa, guru dan pelajar memberi respon positif. DidikTV KPM ternyata membantu pelajar dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih efisien.

Untuk pengetahuan anda, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM bukan hanya boleh ditonton oleh pelajar sahja. Sebenarnya banyak dokumentari menarik di DidikTV KPM yang anda bukan pelajar pun boleh tonton. Ini antaranya.

1. BY THE SEA – pantai-pantai menarik di Malaysia

didik tv 1
Kredit: Blog Travel Hellocuti

Rindu betul mahu pergi pantai. Dapat tonton rancangan ‘By The Sea’ dalam DidikTV KPM ini bagus juga. Boleh tahu pantai menarik yang ada ada di serata Malaysia. Nanti boleh ajak keluarga dan rakan untuk pergi bersama.

2. DUNIA TERSEMBUNYI – budaya unik masyarakat di Asia

didik tv 2
Kredit: Kebudayaan Mancanegara – blogger

Sebenarnya masyarakat di Asia ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Lepas tonton rancangan ‘Dunia Tersembunyi’ dalam DidikTV KPM, mesti terkejut sebab ada budaya sebelum ini yang anda mungkin tidak tahu pernah wujud.

3. GO TRAVEL – tempat pelancongan menarik di negara ASEAN

didik tv 3
Kredit: PolicyStreet

Kaki travel mesti suka tonton rancangan ‘Go Travel’ dalam DidikTV KPM. Program ini memaparkan tempat pelancongan menarik di negara ASEAN. Boleh catat siap-siap. Nanti bila sudah boleh travel boleh terus pergi.

4. SUPPER HEROES – negara popular dengan ‘late night cravings’

didik tv 4
Kredit: We Heart It

Selalu craving makanan tengah malam? Anda mungkin tergoda dengan rancangan ‘Supper Heroes’ dalam DidikTV KPM. Banyak negara luar popular dengan late night cravings. Tiba-tiba lapar pula.

5. FESTIVAL JURNAL KEMBARA DUNIA – festival dunia yang popular

didik tv 5
Kredit: MLDSPOT

Anda yang pernah melancong ke negara luar mesti suka sertai festival yang ada. Mari tonton rancangan ‘Festival Jurnal Kembara Dunia’ dalam DidikTV KPM. Banyak festival dunia yang popular rupanya.

6. JURNAL RESIPI – jatuh bangun chef dan pengusaha industri makanan

didik tv 6
Kredit: E21

Siapa di sini chef? Biasalah dalam perjalanan industri makanan ini mesti ada cabarannya. Anda boleh belajar macam mana untuk hadapinya dengan rancangan ‘Jurnal Resipi’ dalam DidikTV KPM.

7. OFF THE HOOK – lokasi memancing yang unik

didik tv 7
Kredit: 1ZOOM

Mana kaki pancing semua? Kalau anda mahu tahu lokasi memancing yang unik, boleh tonton rancangan ‘Off The Hook’ dalam DidikTV KPM. Bolehlah anda tahu lokasi yang banyak ikan kan?

8. THE STREETS TANAH AIRKU – jalan bersejarah di Malaysia dan kisah di sebaliknya

jalan jalan malaysia
Kampung Padang Jambu, Sura

Sebagai rakyat Malaysia, perlulah tahu sejarah yang ada di Malaysia. Tonton rancangan ‘The Streets Tanah Airku’ dalam DidikTV KPM. Anda akan tahu jalan bersejarah di Malaysia dan setiap jalan ada kisah di sebaliknya.

9. UNSUNG PLACES – destinasi pelancongan unik yang tak diketahui ramai

didik tv 9
Kredit: Cari Homestay

Bayangkan wujudnya tempat pelancongan yang korang tak pernah tahu pun sebelum ni. Sebab tu kena tengok rancangan ‘Unsung Places’ dalam DidikTV KPM. Misteri jugalah rancangan ini. Tidak sabar untuk tonton.

Itulah antara dokumentari menarik di DidikTV KPM yang anda boleh tonton. Orang kata, tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China. Jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan ilmu tambahan yang berguna dengan DidikTV KPM.

Untuk makluman, anda boleh tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Saksikan jugak episod terkini DidikTV KPM di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Akhir kata, program yang disiarkan dalam DidikTV KPM ternyata dapat menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Jom dapatkan ekstra ilmu dengan menonton DidikTV KPM bermula hari ini!

Ini beberapa artikel DidikTV KPM yang lain. Baca lagi pada pautan di bawah.

Ini Pandangan Para Guru Mengenai Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menerusi DidikTV

Pendekatan Silibus Pelajaran Lebih Menarik, Pelajar ‘Enjoy’ Konsep DidikTV

DidikTV KPM Bantu Meningkatkan Akses Pendidikan Berkualiti Buat Pelajar