Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Proton X70 merupakan SUV keluaran Malaysia yang telah mengubah lanskap dan ‘selera’ orang ramai apabila jumlah tempahan model tersebut saban hari semakin meningkat sehingga bakal pengguna baharu perlu menunggu masa yang agak lama untuk mendapatkan ready-stock.

Terbaharu, model SUV itu telah mendapat Minor Changed (MC) buat pertama kali sejak dipasarkan pada 2018 lalu. Antara beberapa perubahan kecil yang dilakukan untuk ‘kali pertama’ ini; daripada segi enjin dan rekaan.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Pertamanya, Proton X70 MC menggunakan enjin daripada adiknya X50, ini bermakna saiz kapasitinya lebih kecil 1.5 liter turbocas tiga-silinder TGDi yang menghasilkan 174hp. Bagaimanapun, Proton masih lagi menawarkan varian tertinggi 1.8 TGDi.

Tork juga dikurangkan kepada 255 Nm dari 1,500 hingga 4,000 rpm. Bagaimanapun Proton menegaskan kekurangan ini tidak akan dirasai semasa pemanduan harian, tambahan pula berat dikurangkan sebanyak 43kg.

Pihak Proton juga mendakwa model SUV baharu ini juga mampu menjimatkan minyak sehingga 7% untuk kegunaan dalam kawasan bandar. Proton X70 MC juga ditawarkan semula dalam varian AWD berdasarkan permintaan ramai.

Daripada segi rekaan pula, Proton X70 MC menerima sedikit perubahan kosmetik, dari segi warna yang merangkumi kemasan ‘Quartz Blac‘ pada bahagian bampar hadapan dan belakang.

Roda aloi 19-inci kini mempunyai rekaan baharu, pintu belakang boleh dibuka dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit jenis ‘Nappa’ dengan lapisan utama hitam baharu.

Sumber Gambar: Proton

Untuk ciri-ciri keselamatan pula, X70 2022 ini mendapat penarafan ASEAN NCAP 5 bintang serta enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu (ADAS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan kamera 360 berserta paparan 3D.

Proton X70 2022 hadir dalam enam pilihan warna; Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey.

Bagi yang berminat, anda mempunyai lima pilihan varian, 1.5L TGDi STANDARD 2WD (RM93,900), 1.5L TGDi EXECUTIVE 2WD (RM105,500), 1.5L TGDi STANDARD AWD (RM113,300), 1.5L TGDi PREMIUM AWD (RM117,900) dan 1.8L TGDi PREMIUM AWD (RM121,800)

Anda boleh mula mendaftar minat di pautan ini atau melawat mana-mana bilik jualan dan pameran yang berhampiran untuk mendapatkan SUV terbaharu Proton X70 MC ini.

Sumber Gambar: Proton

Sumber Gambar: Proton

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Pada pertengahan bulan lalu, Proton perkenalkan model ‘Saga MC2’ yang ditawarkan dalam empat jenis varian. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Proton Saga MC2 ‘Facelift’ Dilancarkan Dalam Empat Varian, Harga Bermula RM34,400

Afrika Selatan Bakal Terima Tiga Model Baharu Proton Julai Ini