Kehilangan telefon pintar yang digunakan seharian sememangnya satu mimpi ngeri buat para pemilik. Baru-baru ini, influencer terkenal media sosial, Mekyun atau nama penuhnya Wee Yun Nee telah berkongsi detik cemas apabila telefon pintar miliknya telah hilang.

Menurut Mekyun, beliau berjaya mengesan lokasi sebenar telefon pintarnya selepas hilang sejak beberapa hari yang lalu. Selepas berjaya mengesan lokasi telefon pintarnya, beliau telah mendapatkan bantuan polis lalu bergegas ke lokasi tersebut dalam mendapatkan semula telefonnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: IG Mekyun

Bercerita lebih lanjut, Mekyun memberitahu bahawa telefon bimbit itu diserahkan semula oleh pencuri sebaik sahaja melihat ketibaan pihak polis di hadapan rumah suspek.

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya kerana sentiasa berada di sampingnya sepanjang proses siasatan dijalankan.

Sumber Gambar: IG Mekyun

Dalam pada itu, Mekyun juga menasihati orang ramai untuk berfikir panjang sebelum mengambil hak milik orang lain terutamanya telefon pintar yang sudah menjadi barang penting pada masa kini. Dengan teknologi terkini, semua peranti sudah boleh dijejak sama ada menggunakan FindMy untuk iOS atau pun Find My Device untuk Android.

Anda juga diingatkan untuk mengaktifkan ciri jejakan pada peranti yang digunakan agar dapat memudahkan pencarian sekiranya berlaku kehilangan atau dicuri pada masa kelak. Di samping itu, anda juga boleh mengunci peranti sepenuhnya dari jarak jauh jika tidak boleh ditemui lagi.