Setiap kali FamilyMart hadir dengan perisa baharu mesti ramai tidak sabar mahu mencuba. Difahamkan, FamilyMart kini kembalikan Strawberry Sofuto dalam menu mereka atas permintaan yang tinggi.

Akan tetapi, Strawberry Sofuto bukanlah menu kekal dan akan ada dalam waktu terhad sahaja. Menariknya, anda boleh dapatkan aiskrim tersebut dengan harga RM0.99 sahaja jika anda ahli FamilyMart manakala bukan ahli perlu membayar harga asal iaitu RM2.90.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

a4de

Promosi RM0.99 ini hanya boleh ditebus di cawangan FamilyMart terpilih di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Cawangan tersebut adalah FamilyMart Karpal Singh, Autocity, Mid Valley, IOI City Mall, NU Sentral dan Paradigm Mall PJ.

Tunggu apa lagi? Jangan terlepas peluang keemasan ini untuk nikmati Strawberry Sofuto anda dengan harga promosi.

Tahukah anda bahawa McDonald’s baru sahaja perkenalkan Sea Salt McFlurry? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Mula Dijual Hari Ini, Sea Salt McFlurry Oleh McDonald’s Ini Sedang ‘Trending’ Di Malaysia

Bagaimana Pemberian Roti Keju Di FamilyMart Buatkan Saya Faham Konsep Rezeki