Suatu ketika dahulu, Nike SB (Skateboard) mendominasi pasaran kasut dan setiap kali keluaran baharu, pasti ramai yang akan berbaris panjang dan di Malaysia juga tidak terkecuali. Butik Showroom di Berjaya Times Square satu ketika dahulu adalah butik yang biasa mendapat model special edition untuk siri Nike SB ini.

Namun sejak beberapa tahun ini, populariti untuk jenama Nike SB skateboarding semakin berkurangan kerana trend kini beralih kepada rekaan kasut runners dan Nike SB pula tidak menghasilkan model edisi khas yang menarik sejak beberapa tahun ini.

Namun secara tiba-tiba muncul kembali satu model Nike SB yang menjadi impian kepada setiap collector kasut Nike SB, ‘Pigeon’. Cumanya kali ini ianya dalam warna hitam dan bukannya kelabu seperti yang pertama. Nike Dunk Pigeon SB ini adalah ilham daripada pengasas jenama Staple, Jeff Staple.

https://www.instagram.com/p/BbFktq6DxYo/?taken-by=kevinma

pigeon og
Nike SB Dunk Low ‘Pigeon’

Selepas tertiris beberapa gambar awal untuk model ini, ianya nyata membuat pengumpul tegar Nike gembira dan teruja dengan berita ini. Model pertama Dunk Low Pro SB Pigeon yang dikeluarkan pada tahun 2005 sedang dijual kembali pada harga USD5,000 – USD10,000 bergantung kepada saiz dan kondisi.

Khabarnya Black Pigeon ini akan berada di pasaran pada 11 November ini di laman nike.com dan butik Nike SB terpilih di serata dunia. Apa kata peminat Nike SB dengan model terbaru siri ini? Cop or drop?