‘Raya Terkejut’, itulah apa yang boleh dikatakan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022 dimana ramai orang tidak bersedia dan kelam kabut membuat persiapan di malam raya. Almaklumlah tahun lalu, akhirnya kita dapat beraya seperti keadaan sebelum pandemik .

Malah, mesti ada daripada anda yang tidak sempat masak juadah hari raya kerana banyak kedai sudah ditutup kerana panik dengan pengumuman raya. Tahukah anda bahawa anda boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan harian, barangan runcit segar, penjagaan diri, snek dan juga minuman dengan foodpanda?

Kiranya, anda tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan barangan yang anda perlu. Jika anda kurang biasa menggunakan foodpanda, kami ingin khabarkan anda betapa mudahnya hidup anda untuk mendapatkan barangan segar di hujung jari dengan servis pandamart yang tersedia dalam foodpanda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 4,500 produk tersedia di pandamart yang boleh anda dapatkan dalam masa 30 minit selepas anda membuat tempahan dan jangan risau, penghantaran lewat malam juga tersedia memudahkan untuk anda yang pulang kerja lewat.

Malah, foodpanda shops juga merangkumi beberapa pasaraya seperti AEON, Hero Market, Lotus, Village Grocer, Mydin dan Ben’s Independent Grocer yang dapat menghantar barangan segar dan segala barangan keperluan anda dengan mudah.

Lihat bagaimana Raz bersama Nasha menentang Izzah dan Amat memasak rendang dengan barangan dibeli di pandamart

Terbaiklah, kesemua barangan yang mereka beli melalui pandamart memang fresh dan disebabkan itu rendang dimasak pun nampak menyelerakan. Maka, anda jangan sangsi dan boleh pertimbangkan untuk membeli segala barangan keperluan anda di pandamart, mudah dan jimatkan masa.

Sebelum terlupa, foodpanda nak beri tawaran istimewa untuk anda dimana anda boleh gunakan kod promosi: PANDARAYA untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM12 dengan pembelian minima RM25.

Akan tetapi, promosi ini hanya untuk pelanggan baharu dan boleh ditebus sekali untuk seorang pelanggan serta hanya sah untuk pembelian dalam aplikasi. Tunggu apa lagi, order sahaja barangan segar di pandamart sekarang!