Rumahku syurgaku! Tipulah jika anda tidak ingin rumah yang cantik dan kemas yang pastinya akan buat anda selesa berada di rumah.

Sebut sahaja IKEA, pasti anda sudah terbayang perabot yang cantik dan mampu milik dimana anda ingin beli untuk menghias rumah. Oleh itu, IKEA telah tampil dengan jualan potongan harga pasti buat anda tersenyum lebar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mana tidaknya, anda dapat beli produk IKEA dengan harga yang berbaloi. Difahamkan IKEA akan menurunkan harga untuk lebih 900 produk perabot dari kerusi, katil, sofa, peralatan dapur dan banyak lagi bermula 2 Julai 2020 hingga 26 Julai 2020.

Bukan sahaja potongan harga untuk perabot tetapi ia juga termasuk untuk hidangan istimewa seperti Salted Egg Fish & Chips, Chicken Balls, Almond Cake, dan Green Salad. Set makanan ini berharga RM26.90 dan hanya tersedia untuk dine-in dan take-away.

Sebelum terlupa, pastikan anda mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY secara percuma di sini atau di kiosk IKEA FAMILY di mana-mana gedung IKEA untuk ganjaran lebih lumayan lagi.

Buat ahli IKEA FAMILY pula akan menikmati diskaun tambahan 10% untuk semua barang jualan kecuali tilam semasa membeli-belah di gedung. Tungu apa lagi? Ayuh kita serbu IKEA!

Mungkin anda macam pening kepala nak beli apa di IKEA, bukan? Jom lihat dekorasi rumah menggunakan produk IKEA yang boleh jadi inspirasi anda untuk beli barangan di rumah anda. 

5 Tahun Simpan Duit, Lihat Transformasi Bilik Kecil Menggunakan Barang IKEA Bermodalkan RM5,000

Lihat ‘Makeover’ Dapur 7 Kaki Ini Daripada Barang IKEA Dengan Kos Bawah RM3,000

IKEA Kongsi Cara Hias Ruang Tamu Persis Siri TV Kegemaran Anda