Jika anda memadam gambar pada iOS 8, ia sebenarnya tidak terpadam sepenuhnya. Apa-apa gambar yang telah dipadamkan akan masuk ke dalam satu folder yang diberi nama “Recently Deleted” selama 30 hari sebelum dipadam selama-lamanya.

Jika anda terpadam gambar dengan tidak sengaja, jangan cemas. Ikut langkah yang kami paparkan di bawah, semoga artikel ini dapat membantu anda semua.

Langkah-langkah dapatkan semula gambar yang telah dipadam

Masuk ke “Photo Album”, pergi ke folder “Recently Deleted”. Dalam folder tersebut anda boleh melihat kesemua gambar yang telah dipadam tidak melebihi 30 hari yang lalu. Untuk mengembalikan gambar ke Camera Roll, klik gambar yang dikehendaki dan tekan Recover pada sebelah kanan bawah skrin. Anda juga boleh memadam gambar tersebut selama-lamanya dengan menekan Delete.

x21

x41

Rujukan : Mashable

Anda Mungkin Suka