Jika dulu mendapatkan terjemahan memerlukan pengguna menggunakan Google Translate, kini Google telah hadir dengan sebuah fungsi terbaru dimana membolehkan pengguna mendapatkan maksud terjemahan secara instant. Anda hanya perlu hala ke tulisan dan jawapan boleh didapati dengan segera. Cool!

Apa yang membuatkan Google Word Lens lebih cool adalah penyertaan word recognition yang hebat dimana membolehkan Google Word Lens membaca hampir pelbagai jenis tulisan termasuk tulisan tangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui update terbaru daripada Google, kini Google Word Lens turut menyertakan Bahasa Jepun. Salah satu perkara yang membuatkan kami teruja dengan aplikasi ini adalah sokongan terjemahan yang disertakan boleh dilakukan ketika offline.

Mudah bukan? Kongsikan bersama rakan anda yang bakal ke negara asing dalam masa terdekat ini.