Ianya satu stunt yang tidak menjadi buat seorang daredevil dari China, Wu Yongning yang baru berusia 26 tahun. Dalam aksi berani beliau yang terbaru serta yang terakhir, Wu dilihat membuat aksi pull up beberapa kali sebelum beliau tergelincir dari bumbung bangunan setinggi 62 tingkat, Huayuan International Centre, China.

Wu memulakan karier beliau sebagai pelakon tambahan dalam beberapa produksi di China sebelum terkenal di China dengan membuat aksi-aksi berani di serata China terutamanya bangunan tinggi. Wu telah membuat hampir 300 video dan mempunyai hampir 1 juta pengikut di laman Weibo dan Volkano, laman platform seperti Twitter dan Bigo Live di China.

WU 1

Wu memanjat bumbung ini tanpa sebarang alat keselamatan dan beliau melakukan aksi ini secara berseorangan. Satu kamera dipasang oleh Wu sendiri di satu bahagian bangunan berkenaan untuk merakam aksi beliau ini. Beliau terjatuh dari ketinggian 15 meter dan mati di tempat kejadian. Mayat Wu kemudiannya dijumpai oleh pencuci tingkap bangunan berkenaan selepas tragedi tersebut.

Insiden ini telah berlaku sebulan yang lalu dan cuma beberapa hari lalu ianya disahkan sendiri oleh teman wanita Wu. Khabarnya dengan membuat aksi ini, Wu akan memenangi hadiah wang tunai 100,000 Yuan (RM61,500+-) dan mahu menggunakan wang berkenaan untuk melamar teman wanitanya serta mengubati ibunya yang sedang sakit.

Peminatnya di laman Weibo berpendapat aksi beliau yang terakhir ini sesuatu yang sangat berbahaya dan tidak boleh dilakukan seorang diri. Ada juga yang berpendapat dengan adanya video ini, ianya dapat menjadi pengajaran kepada pelagak aksi amatur supaya lebih mementingkan keselamatan selepas dan bukan hanya mementingkan views sahaja.

Aksi rooftopping memang menjadi trend di seluruh dunia dan diharap selepas ini, anda yang sukakan aksi seperti ini sentiasa mementingkan keselamatan dan memakai equipemnt yang sepatutnya supaya kejadian seperti ini tdak akan berulang lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=pUuKN6Oi7nc

Sumber