Siapa saja tidak kenal dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang pernah mencipta sejarah menjadi rakyat Malaysia yang pertama menyertai misi ke angkasa lepas suatu ketika dahulu.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Dr Sheikh Muszaphar kini sudah ‘beralih arah’ menjadi seorang rider penghantaran makanan dalam tempoh pelaksanaan PKP ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu mula menjadi tumpuan selepas beliau memuatnaik gambar bersama motosikal lengkap dengan beg penghantaran seperti yang selalu digunakan rider-rider penghantaran makanan di hadapan restoran Rebung Cef Ismail baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau sebenarnya bukanlah mengumumkan petukaran profesion sebagai penghantaran makanan sepenuh masa dalam hantaran tersebut.

Sebaliknya beliau menjelaskan  mula mengambil alih tugas tersebut sejak restoran miliknya kembali beroperasi minggu lalu di tengah-tengah pelaksanaan PKP.

“Kami mula beroperasi kembali sejak minggu lalu dan saya mengambil alih tugas untuk menghantar makanan secara sendiri,” kongsinya.

Dalam hantaran bertajuk ‘Being A Delivery Boy‘ itu, beliau berkata mungkin ramai yang tidak tahu beliau sebenarnya juga adalah pemilik Restoran Rebung bersama chef terkenal tanah air itu.

“Ramai yang tidak tahu saya turut memiliki restoran Rebung bersama Chef Ismail sejak 2003 […].

https://www.instagram.com/p/B5tdELjFTbR/

Bukan sahaja bergelar pemilik perusahaan tersebut, namun angkasawan negara itu dalam hantarannya turut berkongsi kenangan manis beliau ‘bekerja’ bersama restoran miliknya itu sebelum ini.

“Saya masih ingat kenangan pergi ke Pasar Borong Selayang seawal jam 4 pagi ketika awal-awal pembukaan restoran kami dahulu ,hampir setiap hari untuk membeli makanan laut segar.

“Saya juga masih ingat kenangan menghantar lemang, rendang, dan dodol di pagi hari Raya sejak dua tahun lalu,” jelasnya.

Dan kini selepas 17 tahun beroperasi, Dr Sheikh Muszaphar berkata restoran miliknya bersama Chef Ismail itu masih teguh berdiri.

“Alhamdulillah selepas 17 tahun kami masih teguh dengan 80 kakitangan dan telah memenangi banyak anugerah […].

“Kami juga berpindah dari Bangsar Park ke Botanical Park pada 2018 untuk ruang yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 tetamu,” kongsinya dalam hantaran tersebut.

Jadi kepada anda yang teringin makanan dihantar oleh angkasawan negara yang pernah ke International Space Station mungkin anda boleh membuat pesanan bersama restoran milik Dr Sheikh Muszaphar ini.

Siapa tahu jika anda cukup bertuah dan waktu pesanan dibuat beliau sedang bertugas, mungkin anda bakal menjadi salah seorang pelanggan yang menerima hantaran makanan daripada angkasawan negara.

Walaupun hanya menggunakan motosikal dan bukannya ‘kapal angkasa’ namun kenangan menerima penghantaran makanan daripada antara individu paling terkenal di negara kita ini bakal menjadi antara memori terindah anda sepanjag PKP ini.

Baca perkongsian lain kami mengenai Dr Sheikh Muszaphar sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Selepas 11 Tahun Angkasawan Pertama Negara Kongsi Video Latihan Ke Angkasa Lepas

Kami Sangat Teruja Melihat Angkasawan Pertama Malaysia Dengan Dokumentari Ringkasnya Di ISS

Isu Bumi Berbentuk Sfera, Jawapan Sheikh Muszaphar Buat Pengikut ‘Flat Earth’ Terdiam