Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, heboh diperkatakan tentang pelawak media sosial terbaru yang dikenali sebagai Jacky bersama rancangan Jacky TV yang dimuat naik di YouTube.

Video yang memaparkan temu bual antara hos yang dikenali sebagai Jacky dan orang ramai di sekitar Kuantan mula mencuri tumpuan netizen dengan telatahnya yang unik ketika bertanyakan soalan.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Walaupun cara penyampaiannya yang sedikit berlainan dan istimewa itu mampu untuk menghadirkan gelak ketawa dalam kalangan penonton, namun ada juga yang dilhat kurang terhibur dengan caranya itu.

Perkara itu sekaligus membuatkan netizen yang pernah mengenali Jacky untuk tampil berkongsikan kisah beliau sebelum ini atau lebih tepat lagi sebelum membuat kemunculan di media sosial.

Penghibur jalanan

Menurut beberapa perkongsian di Twitter, kemunculan Jacky dalam video-video tular ketika ini bukanlah kali pertama beliau menghiburkan orang ramai, malah beliau sebelum ini juga pernah menjadi penghibur jalanan di sekitar bandar Kuantan dan Teluk Cempedak di Pahang.

Bukan sahaja berceritakan kisah Jacky sebelum ini, malah para netizen juga turut berkongsikan kembali video Jacky sedang menghiburkan orang ramai di pusat peranginan terkenal di Kuntan itu.

Selain daripada menjadi penghibur jalanan di sekitar bandar di Pantai Timur itu, Jacky juga difahamkan sebelum ini bekerja sebagai penjual ikan dengan motosikalnya di sekitar kawasan tersebut.

Perkara itu dikongsikan seroang netizen yang melalui satu ciapan yang dibuat bagi menjawab pertanyaan tentang latar belakang Jacky sebelum membuat kemunculan di media sosial.

Walaupun mungkin ada sesetengah pihak yang kurang terhibur dengan lawak-lawak yang dilakukan Jacky namun pencapaian dan perubahan yang dilalui olehnya seharusnya menggembirakan kita.

Ini ditambah lagi dengan status beliau yang difahmkan mempunyai masalah pembelajaran dan percakapan dan membuat kemunculan di media sosial dan berjaya menghiburkan orang ramai adalah satu pencapaian yang hebat buat dirinya.

Sebelum Jacky, kita juga dihiburkan dengan telatah dua penghibur dari Pantai Timur tanah air melalui jenaka-jenaka mereka di YouTube. Baca mengenai mereka di pautan di bawah. 

Hanya Salah Faham, Asif Kekal Dalam ‘Drama Spontan’ Tetapi Dengan Syarat

Asif Mungkin Tidak Lagi Muncul Dalam ‘Drama Spontan’?

Anda Mungkin Suka