MR DIY merupakan kedai yang menjadi pilihan ramai berikutan pelbagai barangan rumah, alatan sekolah, permainan serta aksesori kereta boleh didapati dalam satu kedai.

Tidak hanya itu, harganya yang berpatutan dan berkualiti membuatkan ramai orang ‘tewas’ apabila masuk ke dalam kedai. Untuk pengetahuan anda, MR DIY bermula dengan hanya menjual barangan perkakasan rumah pada tahun 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Pada ketika itu, MR DIY hanya menjual perkakasan rumah seperti kedai-kedai biasa lalu mula berkembang pada tahun 2010 apabila membuat keputusan membuka cawangan dalam pusat beli-belah.

From the first, humble hardware store at Jalan Tuanku Abdul Rahman to now with 670 stores nationwide, we stay true to…

Posted by MR DIY on Friday, October 9, 2020

Lalu, daripada hanya jual perkakasan rumah, MR DIY memperbagaikan barangannya dan kini cawangan MR DIY dapat dilihat di banyak tempat terutama sekali dalam setiap pusat beli-belah.

Kini, MR DIY telah menjadi kedai peruncitan perkakasan rumah terbesar di Malaysia dan juga memiliki cawangan di Brunei dan Indonesia. Tidak hanya itu, sepanjang tempoh dua tahun ini MR DIY berjaya dan bakal membuka anak syarikatnya iaitu MR DOLLAR dan MR TOY di seluruh Malaysia.

Membawa slogan ‘Always Low Price’ menjadikan MR DIY pilihan ramai kerana barangan dijual pada harga berpatutan dan menjadi faktor utama cawangan dibuka sentiasa mendapat sambutan.

Listing of MR D.I.Y. Group (M) Berhad on the Main Marketof Bursa Malaysia Securities Berhad on 26 October 2020 with…

Posted by MR DIY on Monday, October 12, 2020

Memiliki beratus-ratus cawangan dan anak syarikat sendiri, Mr D.I.Y Group (M) dijadual disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dengan menyasar untuk meraih dana RM1.5 bilion daripada tawaran awam permulaan (IPO) pada 26 Oktober 2020.

Ini bakal menjadikan IPO peruncit perkakasan rumah itu sebagai yang terbesar dalam pasaran saham tempatan sejak tiga tahun lalu. Dana berkenaan bakal dijana menerusi tawaran 941.9 juta saham biasa baharu dan sedia ada dengan harga IPO RM1.60 sesaham.

Pengarah Urusan MR DIY ialah Adrian Ong dan firma ekuiti swasta mereka, Creador ialah En. Brahmal Vasudevan. Creador merupakan sebuah firma ekuiti persendirian yang banyak melabur ke dalam syarikat-syarikat berpotensi di Asia.

Kami kongsikan kisah inspirasi yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

Bermula Dari Belakang Rumah Hingga Miliki 3 Buah Kilang, Lelaki Ini Kongsi Suka Duka Bina Empayar SugarBomb

Jatuh Kerana Berita Palsu, Sos Aminah Hassan Kembali Berdiri Semula

Anda Mungkin Suka