Sebut sahaja nama Azmi Zainal atau lebih mesra dipanggil sebagai Boss Susu, pasti sebahagain besar (jika tidak semua daripada kita) sangat mengenali beliau.

Kisahnya membangunkan dan mempopularkan jenama susu tempatan Farm Fresh sebelum ini sering saja menjadi buah mulut dan juga inspirasi kepada masyarakat kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula dengan penghasilan produk tenusu, nama Azmi juga semakin menjadi bualan selepas beliau terlibat dengan perusahaan daging serta membuat penampilan dalam rancangan realiti TV dan sukan permotoran tempatan sebagai penaja.

Kini, memasuki 2021 nama beliau sekali lagi menjadi bualan hari ini selepas perkongsian terbarunya di Facebook yang menceritakan bagaimana beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga ke luar negara melalui pemilikan kilang di Australia.

bossusu
Gambar yang dikongsikan Azmi dalam perkongsian mengenai pelaburan di Australia. FOTO: Facebook Azmi Zainal

Beliau dalam hantaran yang dibuat di akaun Facebooknya itu memberitahu hanya berkongsikan sedikit sahaja mengenai pelaburan mereka di Australia sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam perkongsian terbaru itu beliau berkongsikan proses yang bermula dengan pelaburan melebihi RM100 juta sehingga ianya sudah mula menampakkan hasilnya pada hari ini.

“Kisah pelaburan kami di Australia selalunya brader cerita sedikit-sedikit dan samar-samar saja. Kami telah melabur lebih dari RM100 juta untuk persediaan syarikat kami berkembang ke Asia Pasifik dan global.

“Dari pembelian ladang genetik dan ladang ternakan sehinggalah ke pembelian kilang, kini pelaburan itu sudah mula menampakkan hasil dan tidak malu nak dikongsikan pada pengguna serta rakyat Malaysia,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai pelaburan yang dibuat di Australia, Azmi berkata pihaknya memutuskan untuk membeli kilang berkeluasan 20 ekar yang sudah tersedia di sana.

Apa yang menariknya, kilang berkenaan bukanlah calang-calang perusahaan dan menjadi buah mulut dunia korporat di sana kerana ianya adalah milik syarikat jenama jem terkenal Henry Jones Pte Ltd yang mengeluarkan jenama IXL.

Jem berjenama IXL itu menurut beliau adalah jenama kebanggaan rakyat Australia selama lebih 100 tahun dan ianya turut dieksport ke luar negara termasuk Eropah, Timur Tengah, dan juga Asia.

Pengambil alihan kilang dan perusahaan berkenaan menurut beliau bukan sahaja menjadi buah mulut namun rakan kongsinya memberitahu mereka juga turut mendapat gelaran ‘market disrupter’.

Mengakhiri perkongsian kisah mereka mengambil alih kilang di Australia itu, beliau akhirnya berkongsi khabar gembira bersama rakyat Malaysia dan memaklumkan jem berjenama IXL itu sudah pun berada di pasaran dalam negara.

“Kini jenama jem IXL telah berada d Malaysia dan ia milik rakyat Malaysia.

“Kami berharap pengguna akan menyokong dan membeli jem jenama IXL, jenama milik Malaysia. MALAYSIA BOLEH!” kongsinya.

Anda boleh membaca perkongsian penuh daripada beliau melalui pautan yang disediakan di bawah. 

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai jenama susu Farm Fresh dan kisah mereka melalui pautan di bawah. 

Pernah Diperlekeh Naik Bas Jual Susu Segar, Jenama Farm Fresh Kini Raih Jualan Jutaan Ringgit Setahun

Bermula Dengan Produk Tenusu, Farm Fresh Kini Jual Daging Segar Premium Di AEON

‘Boss Susu’ Farm Fresh Kongsi Rezeki, Kini Taja Pasukan Lumba Tempatan

Sumber